Pemandu keluar makan, lori bergerak sendiri rempuh lima kenderaan

Video tular memaparkan kemalangan di Jalan Persiaran Damai Perdana, Kajang pada Selasa.
Video tular memaparkan kemalangan di Jalan Persiaran Damai Perdana, Kajang pada Selasa.
A
A
A

KAJANG – Sebuah lori yang diparkir di bahu jalan sebelum ditinggalkan pemandunya untuk keluar makan dipercayai bergerak sendiri lalu merempuh lima kenderaan lain di Jalan Persiaran Damai Perdana, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, melibatkan enam buah kenderaan.

"Kemalangan berpunca lori yang diparkir di bahu jalan dan ditinggalkan oleh pemandunya untuk keluar makan tiba-tiba bergerak sendiri dan melanggar lima buah kenderaan yang berada di kiri dan kanan jalan.

"Kejadian itu mengakibatkan kerosakan pada kesemua kenderaan terbabit, namun pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Keadaan kenderaan yang rosak dalam kemalangan di Jalan Persiaran Damai Perdana, Kajang pada Selasa.
Keadaan kenderaan yang rosak dalam kemalangan di Jalan Persiaran Damai Perdana, Kajang pada Selasa.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein Muhd Suod di talian 017-381 8422.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengamalkan pemanduan yang berhemah, mematuhi peraturan jalan raya dan sentiasa berhati-hati semasa memandu," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lori yang diparkir di bahu jalan merempuh lima kenderaan lain di Jalan Persiaran Damai Perdana, Kajang
  • Kejadian berlaku ketika pemandu lori keluar makan
  • Kemalangan melibatkan enam buah kenderaan termasuk lori tersebut
  • Tidak ada kecederaan pada pemandu dan penumpang kenderaan terlibat
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!