Maut kena serangan jantung, lori simen dipandu rempuh kereta

Seorang pemandu lori pembancuh simen maut dipercayai terkena serangan jantung sehingga menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu merempuh beberapa buah kereta serta tiang lampu di Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian, Kota Bharu pada Rabu.

A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pemandu lori pembancuh simen maut dipercayai terkena serangan jantung sehingga menyebabkan kenderaan dipandunya itu hilang kawalan lalu merempuh beberapa buah kereta serta tiang lampu di Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian di sini pada Rabu.

Kejadian kira-kira jam 1 petang itu sempat dirakam oleh pengguna jalan raya lain yang kemudian memuat naik video itu di media sosial sehingga ia tular.

Saksi kejadian, Afisah Ibrahim berkata, semasa insiden berkenaan berlaku dia bersama dua anak lelakinya berusia empat dan tujuh tahun berhenti di sebuah kedai untuk membeli pulut ayam.

"Saya baru lepas ambil anak Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 1. Kebetulan saya parkir kereta berhampiran dengan lori itu dan sempat melihat kepala pemandu seperti berada dalam keadaan telangkup di stereng," katanya ketika dihubungi.

Ujar Afisah, dia kemudiannya orang ramai menjerit dan lori berkenaan bergerak melanggar beberapa buah kereta serta tiang lampu.

Keadaan lori pembancuh simen selepas kemalangan di Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian, Kota Bharu pada Rabu. Foto: JBPM
Keadaan lori pembancuh simen selepas kemalangan di Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian, Kota Bharu pada Rabu. Foto: JBPM

"Saya ketika itu panik kerana lori tersebut hampir hendak merempuh kereta dan dua anak ada di dalamnya.

"Alhamdulillah kereta saya tidak terkena, walaupun sudah hampir dekat. Saya terus menghubungi talian kecemasan memaklumkan kejadian itu kerana bimbang lokasi berkenaan berhampiran kawasan sekolah dan ketika itu waktu pelajar pulang," katanya.

Menurut Afisah, lelaki berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM).

Artikel Berkaitan:

Antara kenderaan yang dilanggar oleh lori pembancuh simen dalam kejadian di Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian, Kota Bharu pada Rabu. Foto: JBPM
Antara kenderaan yang dilanggar oleh lori pembancuh simen dalam kejadian di Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian, Kota Bharu pada Rabu. Foto: JBPM

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan bukannya akibat kemalangan maut. Siasatan selanjutnya sedang dijalankan," katanya.

Ringkasan AI

  • Seorang pemandu lori pembancuh simen maut dipercayai akibat serangan jantung semasa memandu di Kota Bharu
  • Kejadian berlaku pada jam 1 petang dan sempat dirakam serta ditularkan di media sosial
  • Saksi, Afisah Ibrahim bersama dua anaknya menyaksikan kejadian tersebut semasa berhenti di sebuah kedai
  • Lori hilang kawalan dan melanggar beberapa buah kereta serta tiang lampu
  • Pemandu lori kemudian dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!