Lori tanah hilang kawalan rempuh tiga kenderaan di lampu isyarat

Sebuah lori tanah yang hilang kawalan semasa menuruni jalan berbukit menyebabkan rempuhan tiga kenderaan lain di lampu isyarat
Sebuah lori tanah yang hilang kawalan semasa menuruni jalan berbukit menyebabkan rempuhan tiga kenderaan lain di lampu isyarat
A
A
A

KLANG - Sebuah lori tanah yang hilang kawalan semasa menuruni jalan berbukit menyebabkan rempuhan tiga kenderaan lain di lampu isyarat Jalan Bukit Cerakah, Meru di sini pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohd Rahimi Zainol berkata, kemalangan berlaku pada jam 8.57 pagi.

Menurutnya, pemandu lori tanah itu ialah lelaki tempatan berusia 35 tahun dilapor mengalami kecederaan ringan.

Tangkap layar rakaman rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan memaparkan detik kemalangan sebuah lori tanah merempuh tiga kenderaan di lampu isyarat Jalan Bukit Cerakah, Meru di Klang pada Selasa.
Tangkap layar rakaman rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan memaparkan detik kemalangan sebuah lori tanah merempuh tiga kenderaan di lampu isyarat Jalan Bukit Cerakah, Meru di Klang pada Selasa.

"Kesemua mangsa yang terlibat ialah tujuh orang dan seorang daripadanya tidak mengalami kecederaan.

"Enam mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian kemalangan terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Surihan di talian 013-2082327 atau tampil di mana-mana balai polis berdekatan.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian yang tular itu memaparkan sebuah lori tanah merempuh lori sampah dan dua kereta jenis Perodua Myvi.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.07 pagi.

 

 

Ringkasan AI

  • Lori tanah hilang kawalan merempuh tiga kenderaan lain di Jalan Bukit Cerakah, Meru
  • Kemalangan berlaku jam 8.57 pagi
  • Pemandu lori tanah 35 tahun, mengalami kecederaan ringan
  • Tujuh orang terlibat, enam dibawa ke hospital
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!