Stor simpanan kayu di Stesen Kereta Api Bukit Mertajam terbakar

Pasukan bomba sedang memadamkan kebakaran di lokasi kejadian dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 8.50 malam - Foto: Bomba
Pasukan bomba sedang memadamkan kebakaran di lokasi kejadian dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 8.50 malam - Foto: Bomba
A
A
A

BUKIT MERTAJAM – Sebuah stor simpanan kayu terbuka di Stesen Kereta Api Bukit Mertajam di sini terbakar dalam satu kejadian pada malam Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.10 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda tiba di lokasi enam minit kemudian.

Menurutnya, kebakaran melibatkan stor simpanan kayu kelas C jenis terbuka dengan anggaran keluasan 50 x 50 kaki persegi.

“Anggaran kemusnahan kebakaran adalah kira-kira 30 peratus dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.24 malam,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, operasi pemadaman dijalankan menggunakan konsep RECEO selepas penilaian awal dilakukan oleh pasukan bomba dengan kelengkapan perlindungan diri (PPE) lengkap.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 8.50 malam sebelum kerja-kerja ‘overhaul’ dijalankan sehingga selesai.

“Operasi ditamatkan pada jam 9.20 malam,” katanya lagi.

Menurut beliau, seramai sembilan anggota bomba terlibat dalam operasi tersebut dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender dari BBP Bandar Perda.

“Lokasi kejadian kemudiannya diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran bagi tindakan lanjut, manakala Pusat Sehenti Pasca Insiden (PSPI) turut dilaksanakan bagi pengambilan maklumat serta pemberian khidmat nasihat berkaitan.

Artikel Berkaitan:

“Polis turut memberikan bantuan, manakala Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Padang Lalang, Berapit dan Bukit Mertajam juga terlibat dalam operasi. Tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.

Ringkasan AI

  • Stor simpanan kayu di Stesen Kereta Api Bukit Mertajam terbakar malam Isnin
  • Kebakaran melibatkan stor kayu terbuka luas 50 x 50 kaki persegi
  • Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.24 malam
  • Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 8.50 malam
  • Sembilan anggota bomba terlibat dalam operasi pemadaman, tiada kecederaan dilaporkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!