KADA teroka kawasan air masin, tanah terbiar, tambah luas tanaman padi di Kelantan

Khalid (tengah) semasa sidang akhbar pada Majlis Amanat Tahun Baharu Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Ibu Pejabat KADA di Kota Bharu pada Ahad. Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Khalid (tengah) semasa sidang akhbar pada Majlis Amanat Tahun Baharu Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Ibu Pejabat KADA di Kota Bharu pada Ahad. Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
A
A
A

KOTA BHARU - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) memulakan penerokaan kawasan tanaman padi baharu di zon terjejas air masin sebagai langkah strategik menambah keluasan jelapang padi serta memastikan kelangsungan bekalan beras di Kelantan yang semakin terdedah kepada ancaman perubahan iklim.

Pengerusinya, Khalid Ab Samad berkata, beberapa kawasan pesisir dan muara yang sering dimasuki air laut dikenal pasti untuk dimajukan semula dengan pendekatan teknologi pertanian termasuk penggunaan benih padi baharu yang mampu bertahan dalam persekitaran air masin.

"Antara penyelesaian utama ialah penggunaan benih tahan air masin hasil kajian universiti tempatan, selain pembinaan empangan tambahan sekiranya benih sahaja tidak mencukupi untuk mengekang kemasukan air laut," katanya semasa sidang akhbar pada Ahad.

Sebelum itu, beliau merasmikan Majlis Amanat Tahun Baharu Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Ibu Pejabat KADA di sini.

Menurut beliau, kawasan seluas kira-kira 60 hektar sawah padi di Simpangan, Tumpat dikenal pasti terjejas akibat air masin dan kini menjadi antara tapak utama projek rintis pemulihan tanaman.

Dalam masa sama, Khalid memberitahu, KADA turut merancang pembangunan kawasan baharu seluas 243 hektar melibatkan tanah terbiar di Tumpat melalui kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran padi negeri ini.

Ujarnya, projek tersebut dijangka dilaksanakan pada musim pertama tanaman iaitu bulan Jun ini namun masih melalui proses perundingan kerana sebahagian tanah terlibat kini digunakan untuk aktiviti penternakan lembu dan kerbau.

Selain penerokaan kawasan air masin, Khalid berkata, KADA mencadangkan peluasan sistem pengairannya ke daerah Machang serta penyelarasan kawasan penanaman padi di bawah PPK Tumpat yang kini diselia Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) supaya diuruskan di bawah satu entiti.

"Langkah ini penting bagi memastikan pengairan, perancangan dan pembangunan sawah padi di Kelantan dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan berkesan.

Artikel Berkaitan:

"Proses ini dijangka mengambil masa sedikit," katanya.

Ringkasan AI

  • KOTA BHARU - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) memulakan penerokaan kawasan tanaman padi baharu di zon terjejas air masin
  • Beberapa kawasan pesisir dan muara yang sering dimasuki air laut dikenal pasti untuk dimajukan semula dengan pendekatan teknologi pertanian termasuk penggunaan benih padi baharu yang mampu bertahan dalam persekitaran air masin
  • Penggunaan benih tahan air masin hasil kajian universiti tempatan, selain pembinaan empangan tambahan, sebagai penyelesaian utama mengekang kemasukan air laut
  • Kawasan seluas kira-kira 60 hektar sawah padi di Simpangan, Tumpat dikenal pasti terjejas akibat air masin dan kini menjadi antara tapak utama projek rintis pemulihan tanaman
  • KADA turut merancang pembangunan kawasan baharu seluas 243 hektar melibatkan tanah terbiar di Tumpat melalui kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran padi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!