Seni tradisional Kelantan hampir pupus, perlu sokongan kerajaan negeri - Persidaya

Seni tradisional Kelantan seperti main petri, tari inai, dikir laba, rebana mangkuk, kertuk kelapa dan gendang Siam kini menunggu masa luput ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk menghidupkan kembali warisan nenek moyang Cik Siti Wan Kembang itu. Gambar kecil: Mohd Sulhi
Seni tradisional Kelantan seperti main petri, tari inai, dikir laba, rebana mangkuk, kertuk kelapa dan gendang Siam kini menunggu masa luput ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk menghidupkan kembali warisan nenek moyang Cik Siti Wan Kembang itu. Gambar kecil: Mohd Sulhi
A
A
A

PASIR PUTEH – Seni tradisional Kelantan seperti main petri, tari inai, dikir laba, rebana mangkuk, kertuk kelapa dan gendang Siam kini menunggu masa luput ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk menghidupkan kembali warisan nenek moyang Cik Siti Wan Kembang itu.

Penaung Persatuan Cinta Seni Budaya (Persidaya), Mohd Sulhi Yusof berkata, penggiat seni yang masih ada ini memerlukan sokongan daripada kerajaan negeri untuk mereka terus berjuang menyuburkan tradisi supaya ia kekal relevan.

Zameri (kiri) dan Mohd Sulhi semasa perasmian Pementasan Teater Tradisional Semalam Mencari Cik Siti Wan Kembang yang dianjurkan oleh Yayasan Hasanah dari Kuala Lumpur di Kampung Alor Hijau, Selising, Pasir Puteh pada Jumaat malam.
Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Zameri (kiri) dan Mohd Sulhi semasa perasmian Pementasan Teater Tradisional Semalam Mencari Cik Siti Wan Kembang yang dianjurkan oleh Yayasan Hasanah dari Kuala Lumpur di Kampung Alor Hijau, Selising, Pasir Puteh pada Jumaat malam. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

"Di pihak Persidaya, kami cuba menggabungkan kesemua seni tradisional Kelantan yang hampir pupus ini dan dipersembahkan dalam bentuk teater bagi menghidupkan kembali warisan budaya negeri Kelantan.

"Kita himpunkan penggiat tari inai, dikir laba, rebana mangkuk, kertuk kelapa, gendang Siam serta dikir barat dan dipersembahkan dalam bentuk teater menggunakan elemen main petri yang sebelum ini sering dikaitkan dengan unsur syirik.

"Namun untuk persembahan kali ini, kita tidak melibatkan sebarang unsur tersebut, sebaliknya hanya dalam bentuk penceritaan semata-mata," katanya semasa sidang akhbar pada Jumaat malam.

Persidaya ingin memberi kesedaran bahawa seni tradisional masih mempunyai pewaris, namun memerlukan usaha berterusan untuk dilestarikan Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Persidaya ingin memberi kesedaran bahawa seni tradisional masih mempunyai pewaris, namun memerlukan usaha berterusan untuk dilestarikan Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu beliau hadir pada Pementasan Teater Tradisional Semalam Mencari Cik Siti Wan Kembang yang dianjurkan oleh Yayasan Hasanah dari Kuala Lumpur di Kampung Alor Hijau, Selising di sini.

Hadir sama ialah Timbalan Exco Pelancongan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Zameri Mat Nawang.

Menurut Mohd Sulhi, kesemua seni tradisional tersebut kini semakin terpinggir berikutan ketiadaan pewaris.

Melihat sambutan daripada orang ramai daripada pelbagai peringkat umur, Persidaya bersedia menjelajah ke setiap jajahan di negeri ini sekiranya mendapat permintaan dan sokongan daripada Kerajaan Kelantan.Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Melihat sambutan daripada orang ramai daripada pelbagai peringkat umur, Persidaya bersedia menjelajah ke setiap jajahan di negeri ini sekiranya mendapat permintaan dan sokongan daripada Kerajaan Kelantan.Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Ujarnya, fokus utama penganjuran adalah untuk mengangkat kembali seni budaya Kelantan yang hampir pupus untuk diperkenalkan kepada generasi muda, selain mengimbau nostalgia generasi terdahulu.

Tambah beliau, melihat sambutan daripada orang ramai daripada pelbagai peringkat umur, pihaknya bersedia menjelajah ke setiap jajahan di negeri ini sekiranya mendapat permintaan dan sokongan daripada Kerajaan Kelantan.

"Selain itu kita ingin memberi kesedaran bahawa seni tradisional masih mempunyai pewaris, namun memerlukan usaha berterusan untuk dilestarikan.Jika tidak, seni ini akan luput ditelan zaman," katanya.

Ringkasan AI

  • Seni tradisional Kelantan seperti main petri, tari inai, dikir laba, rebana mangkuk, kertuk kelapa, dan gendang Siam berisiko pupus jika tiada usaha pemuliharaan
  • Persatuan Cinta Seni Budaya berusaha menghidupkan kembali warisan budaya Kelantan melalui teater
  • Penggiat seni memerlukan sokongan daripada kerajaan negeri untuk memastikan tradisi ini kekal relevan
  • Seni ini semakin terpinggir kerana ketiadaan pewaris dan pengetahuan dalam kalangan generasi muda
  • Pihak Persidaya bersedia memperkenalkan dan menjelajah seni tradisional ini ke seluruh Kelantan dengan sokongan pihak kerajaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!