Sistem pam bekalan air kampung orang asli pulih

Kerja membaik pulih sistem pengepaman bekalan air bawah tanah di Kampung Orang Asli Bukit Kechil siap sepenuhnya semalam.
Kerja membaik pulih sistem pengepaman bekalan air bawah tanah di Kampung Orang Asli Bukit Kechil siap sepenuhnya semalam.
A
A
A

BANTING - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan kerjasama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) serta Kementerian Air dan Alam Sekitar telah melaksanakan kerja-kerja membaik pulih sistem pengepaman bekalan air bawah tanah di Kampung Orang Asli Bukit Kechil di sini bermula 26 Mac lalu dan siap sepenuhnya kelmarin.

Kerja khidmat masyarakat itu membantu mengembalikan bekalan air kepada 40 keluarga yang menetap di kampung tersebut yang sebelum ini berdepan gangguan bekalan air dan keadaan menjadi semakin sukar sejak Ogos tahun lalu.

SPAN dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya bersama Air Selangor telah mengadakan tinjauan ke kampung berkenaan pada 26 Mac lalu setelah menerima aduan pada hari sama.

Menurut kenyataan itu, hasil pemeriksaan tapak dan pertemuan dengan Tok Batin, Katun dan beberapa penduduk, SPAN mendapati sistem pengepam air bawah tanah sedia ada tidak berfungsi dengan sempurna.

"Sistem bekalan air di Kampung Orang Asli Bukit Kechil telah dibina oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Selangor dan dinaik taraf pada tahun 2017.

"Sistem bekalan air yang diguna pakai di kampung tersebut mempunyai satu sistem pengepaman air bawah tanah (tubewell), panapis, tangki air mentah, tangki air bersih dan tangki air menara," menurut kenyataan itu.

Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Kechil kini memperoleh semula bekalan air selepas berdepan gangguan yang menjadi semakin sukar sejak Ogos tahun lalu.
Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Kechil kini memperoleh semula bekalan air selepas berdepan gangguan yang menjadi semakin sukar sejak Ogos tahun lalu.

Kata kenyataan itu lagi, sementara kerja pembaikan dijalankan, SPAN dengan kerjasama Air Selangor telah menyediakan bekalan air sementara melalui dua lori tangki air dan lima unit tangki statik ke kampung berkenaan bermula 26 Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun dalam apa jua situasi, pihak Kerajaan Persekutuan dan negeri bertungkus-lumus memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat bekalan air bersih yang berterusan.

"SPAN dan kesemua operator air di bawah kawal seliaannya komited untuk memastikan bekalan air kepada pengguna dapat dilestarikan terutama pada ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan," kata kenyataan itu lagi.