Pihak berkuasa UK siasat isu IJM Corporation - SPRM

KOTA BHARU - Pihak berkuasa United Kingdom (UK) sedang menjalankan siasatan berhubung kes melibatkan IJM Corporation yang berkaitan dengan isu tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan serta pemilikan aset di luar negara yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2.5 bilion.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di sini pada Khamis.
"Kita dapat maklumat tersebut dari pihak beratoriti iaitu Serious Fraud Office United.
"Sebagai sebuah agensi dalam negara yang menjalankan tanggungjawab menyiasat rasuah, salah guna kuasa dan jenayah kewangan akan membantu pihak berkuasa berkenaan dalam melengkapkan proses tersebut," katanya semasa sidang akhbar.
Sebelum itu beliau merasmikan Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Timur di Hotel Grand Riverview di sini.
Menurut beliau, SPRM sudah menerima permohonan yang dihantar oleh pihak berkuasa UK untuk menjalankan siasatan.
Media sebelum ini melaporkan SPRM sedang menjalankan siasatan berhubung kes melibatkan IJM Corporation yang berkaitan dengan isu tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan serta pemilikan aset di luar negara yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2.5 bilion.
Menurut sumber, pasukan penyiasat menerusi Op Heart telah menjalankan pemeriksaan dan penggeledahan di empat lokasi berasingan melibatkan kediaman dan pejabat salah seorang anggota pengurusan tertinggi IJM Corporation.
"Pada masa sama, SPRM turut membekukan sebanyak 55 akaun bank persendirian serta akaun syarikat-syarikat berkaitan dengan jumlah keseluruhan dianggarkan kira-kira RM15.8 juta.
"Selain itu, siasatan turut menumpukan kepada usaha mengesan dan menyita aset-aset lain yang disyaki diperoleh melalui aktiviti pengubahan wang haram," katanya.
Ringkasan AI
- Pihak berkuasa UK sedang menyiasat IJM Corporation berkaitan isu tadbir urus korporat, proses perolehan dan pemilikan aset luar negara bernilai RM2.5 bilion
- Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan dan kerjasama dengan Serious Fraud Office United Kingdom
- SPRM akan membantu pihak berkuasa UK melengkapkan proses siasatan tersebut
- SPRM menerima permohonan dari pihak berkuasa UK untuk menjalankan siasatan
- SPRM membekukan 55 akaun bank dan menyiasat pemerolehan aset melalui aktiviti pengubahan wang haram
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

