Tular pelajar dibelasah: 10 ditahan bantu siasatan merusuh

Laporan Sinar Harian pada Sabtu mengenai tular pelajar dibelasah beramai-ramai di kebun sawit.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu mengenai tular pelajar dibelasah beramai-ramai di kebun sawit.
A
A
A

TAWAU - Seramai 10 pelajar lelaki ditahan bagi membantu siasatan susulan tular satu video remaja dibelasah beramai-ramai dalam kejadian di Merotai Besar, dekat sini, pada Jumaat.

Kesemua pelajar berusia antara 14 hingga 17 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 petang Sabtu, selepas disyaki merusuh dan menyebabkan empat pelajar cedera dalam kejadian tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Wilynton Enchana Watt berkata, kesemua suspek ditahan dalam operasi yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama anggota Balai Polis Bombalai.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 14 tahun bersama tiga rakannya sedang berjalan melalui jalan pintas menuju ke Masjid Merotai Besar untuk menunaikan Solat Jumaat sebelum didatangi sekumpulan pelajar yang bertanyakan mengenai keberadaan dua individu lain.

"Selepas mangsa memaklumkan tidak mengetahui lokasi individu yang dicari, sekumpulan pelajar terbabit dipercayai bertindak menyerang dan memukul mangsa secara beramai-ramai.

"Sementara itu, tiga lagi rakan mangsa yang berada di lokasi turut dipercayai menjadi mangsa serangan remaja tersebut," katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, akibat kejadian itu, mengalami kecederaan dan sakit pada bahagian muka, kepala, dada serta rusuk, manakala tiga lagi pelajat turut mengalami kecederaan sebelum tampil membuat laporan polis.

Susulan kejadian itu, Wilynton berkata, pihaknya berjaya mengesan semua pelajar tersebut bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan pihak polis masih meneruskan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!