Wanita tergamam lihat sendiri anak dinodai suami

GHANDINAGAR - Seorang wanita terkejut apabila melihat sendiri perbuatan durjana suaminya menodai anak perempuan mereka yang berusia 13 tahun.
Insiden itu turut menggemparkan penduduk di sebuah perkampungan di Vadodara di Gujarat, India.
Pelaku bagaimanapun melarikan diri selepas aksi tidak senonoh itu 'terkantoi' hingga mencetuskan pertengkaran antara mereka ketika kejadian pada minggu lalu.
Wanita itu kemudiannya meninggalkan rumah mereka dan menumpang di rumah ahli keluarga lain di kawasan berhampiran.
Menurut aduan dibuat kepada polis, mangsa bersama adik lelakinya yang berumur 10 tahun berada di rumah semasa insiden tersebut.
"Mulut mangsa turut disumbat dengan kain untuk mengelakkan jeritannya didengari jiran tetangga," ujar jurucakap balai polis Desar.
Selepas ditenangkan ibunya, remaja itu menceritakan perbuatan tidak bermoral bapanya yang tergamak memperkosanya selepas adik mangsa tidur.
Difahamkan, pihak berkuasa telah mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

