Pekerja kolej cabul, liwat dua pelajar

Mangsa pertama mengatakan telah dicabul ketika berada di tandas asrama kolej, manakala seorang lagi mangsa mendakwa diliwat ketika berada di rumah suspek yang sama di Seksyen 18. Foto hiasan
Mangsa pertama mengatakan telah dicabul ketika berada di tandas asrama kolej, manakala seorang lagi mangsa mendakwa diliwat ketika berada di rumah suspek yang sama di Seksyen 18. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Polis sedang menjalankan siasatan dan mengesan seorang lelaki yang didakwa melakukan jenayah liwat dan cabul terhadap dua pelajar sebuah kolej di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima laporan daripada dua remaja lelaki berusia 15 tahun yang juga pelajar sebuah kolej di sekitar Glenmarie, melibatkan seorang individu dipercayai pekerja kolej itu, semalam.

"Mangsa pertama mengatakan telah dicabul ketika berada di tandas asrama kolej, manakala seorang lagi mangsa mendakwa diliwat ketika berada di rumah suspek yang sama di Seksyen 18, di sini.

"Suspek telah dikenal pasti dan dipercayai warga tempatan berusia 30-an. Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau kesalahan amang seksual terhadap kanak-kanak. Usaha mengesan dan menahan suspek sedang giat dijalankan,” katanya menerusi kenyataan, pada Sabtu.

Sarudin berkata, kes pertama disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, manakala satu lagi kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Susulan itu, beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mohd Razi Sahari menerusi talian 019-5717076 dan Inspektor Muhamad Zamri Abdul Rahman melalui talian 0111-6652402. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!