Ahmad Zahid sah perjumpaan Pas, Bersatu untuk usaha penyatuan Melayu

Ahmad Zahid ketika sidang media selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Sabtu.
Ahmad Zahid ketika sidang media selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan berlaku pertemuan dengan pemimpin Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung penyatuan orang Melayu menerusi kolaborasi agung.

Menurut Ahmad Zahid, perjumpaan yang disifatkan secara tidak langsung itu turut melibatkan beberapa parti politik Melayu lain.

“UMNO sebagai parti politik Melayu-Islam terbesar, kita mengambil langkah ke hadapan untuk mengajak parti lain bersama-sama mengambil langkah proaktif dan strategik bagi mengabungkan seluruh tenaga dan pemikiran dengan parti politik ini untuk mengadakan muzakarah atau perbincangan.

“Ia kerana saranan telah diberikan namun tidak ada satu saranan konkrit ke mana-mana persidangan atau perhimpunan tahunan parti politik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ahmad Zahid ketika menggulung ucapan dasar pada Sabtu memaklumkan hasrat parti untuk menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di bawah satu gabungan dikenali sebagai kolaborasi agung.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pertemuan dengan pemimpin Pas dan Bersatu untuk penyatuan orang Melayu
  • Perjumpaan melibatkan beberapa parti politik Melayu lain
  • UMNO mengambil inisiatif mengajak parti lain untuk perbincangan strategik
  • Tiada saranan konkrit dari parti lain sebelum ini mengenai penyatuan
  • Sidang media diadakan selepas Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Kuala Lumpur

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!