Sokongan UMNO terhadap Kerajaan Perpaduan kekal - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Foto Bernama
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan sokongan parti terhadap Kerajaan Perpaduan ketika ini berkekalan.

Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, beliau memahami keresahan sesetengah ahli dengan kerjasama berkenaan, namun keputusan dibuat melalui pertimbangan sewajarnya.

“Kalau kita mengadakan perbincangan sesama parti, Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mengadakan permukiman sesama mereka. Perdana Menteri selaku Presiden PKR juga ditekan oleh ahli-ahlinya.

“Walaupun saya tidak hadir dalam permukiman itu kerana saya bukan ahli tetapi saya dapat tahu Presiden PKR memberitahu ahli-ahlinya kita (PKR) tidak boleh minta semua dan beliau tidak mampu beri semua kerana ada 17 parti yang ada dalam kerajaan sekarang.

“Maka, perkongsian kuasa, pembahagian tugas dan juga pengagihan kuasa itu walaupun mungkin tidak sama rata tetapi turut mengambil kira permintaan parti-parti yang bergabung dalam Kerajaan Perpaduan. Itu beliau menyatakan,” katanya ketika menggulung ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut berdepan dengan dilema sama seperti dilalui beliau.

Ujarnya, Anwar juga dituduh tunduk kepada tekanan UMNO, meskipun hakikatnya ia tidak sebegitu.

“Bayangkan UMNO ada 26 kerusi, rakan-rakan dalam BN 4 kerusi..kita ada 30 kerusi. Berapa menteri yang kita dapat? Lapan termasuk seorang menteri dari komponen BN. PKR ada berapa, DAP ada berapa.

“Jadi saya harap perwakilan dan ahli UMNO seluruh negara ketahuilah Perdana Menteri cukup sayang kepada UMNO... kepada kita semua ini. DNA beliau adalah DNA UMNO,” katanya.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan sokongan parti terhadap Kerajaan Perpaduan berkekalan
  • Beliau memahami keresahan sesetengah ahli UMNO tentang kerjasama dengan kerajaan tetapi keputusan dibuat melalui pertimbangan sewajarnya
  • Dalam perbincangan dengan PKR, Presiden PKR menyatakan tidak semua permintaan boleh dipenuhi kerana terdapat 17 parti dalam Kerajaan Perpaduan
  • Ahmad Zahid juga Timbalan Perdana Menteri, menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tunduk kepada tekanan UMNO meskipun ada dakwaan
  • Anwar Ibrahim dianggap cukup sayang kepada UMNO dan mempunyai DNA UMNO walaupun UMNO hanya memiliki 30 kerusi di parlimen

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!