Hari ini hotel mesra gay, esok apa pula?

Laporan Sinar Harian berhubung dakwaan sebuah hotel 'mesra gay' di Melaka.
Laporan Sinar Harian berhubung dakwaan sebuah hotel 'mesra gay' di Melaka.
A
A
A

MERAK Jalanan perasan satu trend yang makin berani muncul di Malaysia kebelakangan ini. Kumpulan yang menyokong LGBT semakin lantang, semakin terbuka dan semakin yakin menuntut penerimaan seolah-olah nilai ini sudah sebati dengan budaya tempatan.

Belum pun reda isu 'Glamping With Pride', muncul pula sebuah hotel di Melaka yang mempromosi ‘hotel mesra gay’.

Isunya di sini bukan soal siapa tidur dengan siapa tetapi Isunya ialah normalisasi. Bila sesuatu yang jelas bertentangan dengan nilai agama dan budaya songsang mula dipromosikan secara terbuka, ia bukan lagi hal peribadi.

Merak Jalanan tak naif. Kita faham dunia sedang berubah, pelancongan mahu tarik semua segmen tetapi Malaysia bukan negara tanpa identiti. Kita ada agama rasmi, norma sosial dan garis sempadan yang selama ini dijaga bersama.

Bila istilah-istilah ini mula digunakan secara terbuka, ia membuka pintu kepada tuntutan yang lebih besar pada masa depan.

Hari ini hotel mesra gay dan mungkin esok muncul pula spa mesra lesbian, restoran mesra LGBT atas nama keterbukaan tetapi sebenarnya ingin menormalisasikan budaya songsang di dalam negara.

Merak Jalanan melihat ini sebagai satu amaran awal. Bila kita terlalu longgar dalam menilai simbol dan label, lama-lama ia jadi biasa dan bila sudah biasa, barulah orang akan kata: ‘Kenapa dulu diam?’

Jika hari ini kita berdiam diri, jangan terkejut bila esok tuntutan jadi lebih besar dan lebih terbuka.

Kita Malaysia bukan negara AS. Jadi hentikanlah bermain api yang boleh menggugat keharmonian negara.

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!