SPRM sambung rekod keterangan pegawai pengurusan tertinggi ATM

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki
A
A
A

PUTRAJAYA - Pegawai pengurusan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berkaitan salah guna dana disambung rakam keterangan pada Isnin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pegawai itu telah dilepaskan pada tengah malam tadi (Ahad).

"Dijangka jam 10 pagi ini akan dipanggil semula untuk sambung rakam keterangan," katanya pada Isnin.

Pada Ahad pegawai terbabit telah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam jam 11 pagi untuk melengkapkan siasatan berhubung isu salah guna dana.

Media tempatan sebelum ini melaporkan seorang pegawai pengurusan tertinggi ATM disiasat SPRM dan akan dituduh dalam masa terdekat berkaitan isu rasuah.

Azam dilaporkan berkata, siasatan membabitkan individu terbabit sudah sampai ke penghujung dan jika dipersetujui Peguam Negara, pegawai pengurusan tertinggi terbabit akan dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pegawai pengurusan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia disiasat SPRM berkaitan salah guna dana
  • Pegawai tersebut telah dilepaskan pada tengah malam Ahad oleh SPRM
  • Dijangka dipanggil semula untuk sambung rakam keterangan jam 10 pagi Isnin
  • Siasatan ini berkaitan dengan isu salah guna dana yang dilaporkan media tempatan
  • Siasatan sudah hampir selesai dan pegawai itu mungkin akan dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan jika dipersetujui Peguam Negara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!