Lebih 100 pelajar di pedalaman Kelantan tunggu kereta api seawal jam 6 pagi

Lebih 100 pelajar dari kawasan pedalaman Kelantan sudah berkumpul di Stesen Kereta api Kuala Gris di sini seawal jam 6 pagi demi
Lebih 100 pelajar dari kawasan pedalaman Kelantan sudah berkumpul di Stesen Kereta api Kuala Gris di sini seawal jam 6 pagi demi
A
A
A

KUALA KRAI – Ketika kebanyakan pelajar lain masih bersiap ke sekolah, lebih 100 pelajar dari kawasan pedalaman Kelantan sudah berkumpul di Stesen Kereta api Kuala Gris di sini seawal jam 6 pagi demi memastikan mereka tidak terlepas perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong sempena hari pertama persekolahan pada Ahad.

Kereta api menjadi nadi utama pergerakan harian pelajar dari beberapa kampung terpencil termasuk Kuala Gris, Bukit Abu, Ulu Temiang, Slow Pok Long dan Kemubu, yang bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan rel bagi menjimatkan masa serta mengatasi laluan jalan raya yang berbukit dan mencabar.

Dengan menaiki perkhidmatan shuttle Timuran perjalanan ke sekolah hanya mengambil masa sekitar 20 minit, berbanding lebih 30 minit melalui jalan darat yang turut dipengaruhi faktor cuaca dan bentuk muka bumi.

Seawal jam 6 pagi para pelajar sudah berada di Stesen Kereta api Kuala Gris, Kuala Krai bagi memastikan mereka tidak ketinggalan hari pertama persekolahan tahun ini. Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Seawal jam 6 pagi para pelajar sudah berada di Stesen Kereta api Kuala Gris, Kuala Krai bagi memastikan mereka tidak ketinggalan hari pertama persekolahan tahun ini. Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Pemangku Pengurus Besar Perkhidmatan ETS dan Antarabandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Azhar Abu Bakar berkata, suasana pelajar menaiki kereta api ke sekolah di Dabong disifatkan sebagai antara yang paling unik dan meriah di negara ini.

“Setiap hari dianggarkan antara 100 hingga 150 pelajar dari Kemubu, Bukit Abu, Ulu Temiang dan Kuala Gris menaiki kereta api untuk ke SMK Dabong yang merupakan satu-satunya sekolah menengah di kawasan ini.

“Mereka menaiki perkhidmatan kereta api secara percuma menerusi Program MyRailLife yang disediakan oleh KTMB,” katanya ketika ditemui pada Program KTMB Santuni Pelajar Sekolah Wilayah Pantai Timur sempena Hari Pertama Persekolahan 2026 di sini pada Ahad.

Hadir sama pada program berkenaan ialah Pemangku Pengurus Besar Kawalan Operasi, Sadun Abdullah dan Pengurus Wilayah Timur, Basri Abu Bakar.

Artikel Berkaitan:

Para pelajar menaiki perkhidmatan kereta api secara percuma menerusi Program MyRailLife yang disediakan oleh KTMB
Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Para pelajar menaiki perkhidmatan kereta api secara percuma menerusi Program MyRailLife yang disediakan oleh KTMB Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Menurut Mohd Azhar, program tersebut bertujuan menyantuni pelajar selain memberi suntikan semangat dan motivasi kepada mereka untuk memulakan sesi persekolahan baharu.

“KTMB turut menyediakan cenderamata kepada semua pelajar yang menaiki kereta api hari ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha mereka menuntut ilmu walaupun berdepan kekangan geografi,” katanya.

Ringkasan AI

  • Lebih 100 pelajar dari kawasan pedalaman Kelantan berkumpul di Stesen Kereta api Kuala Gris seawal jam 6 pagi untuk ke SMK Dabong
  • Kereta api menjadi pengangkutan utama bagi pelajar dari beberapa kampung terpencil ke sekolah, menjimatkan masa dan mengatasi cabaran laluan jalan raya
  • Perjalanan ke sekolah dengan kereta api mengambil masa sekitar 20 minit, lebih cepat berbanding melalui jalan darat
  • Antara 100 hingga 150 pelajar menaiki kereta api secara percuma ke SMK Dabong menerusi Program MyRailLife yang disediakan oleh KTMB
  • KTMB menyediakan cenderamata kepada pelajar sebagai sokongan terhadap usaha menuntut ilmu walaupun berdepan kekangan geografi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!