Semburan api muncul selepas banjir surut

NAGAN RAYA - Warga Kecamatan Darul Makmur, Kabupaten Nagan Raya, Aceh di Indonesia gempar dihebohkan dengan munculnya nyalaan api dari sisa lumpur tinggalan banjir yang telah surut di Desa Gunong Cut.
Fenomena tersebut dipercayai berasal dari gas yang keluar dari dalam tanah.
Menerusi klip yang menjadi tular, api dilihat menyembur dari permukaan lumpur disertai gelembung yang timbul secara berkala.
Sejumlah penduduk kemudiannya cuba memanfaatkan semburan api tersebut malah ada yang membakar kertas dan memasak air.
Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku, petugas dari Polsek Darul Makmur telah dikerahkan ke lokasi berkenaan dan memasang garisan larangan polis.
Difahamkan, pihak berkuasa masih menunggu pemeriksaan susulan pakar untuk mengesahkan sumber api dan gas tersebut. - Agensi
Ringkasan AI
- Warga Kecamatan Darul Makmur di Aceh dikejutkan dengan nyalaan api dari sisa lumpur banjir di Desa Gunong Cut
- Fenomena api dari lumpur itu dipercayai berasal dari gas dalam tanah
- Api menyembur dari lumpur disertai gelembung yang timbul secara berkala menjadi viral
- Beberapa penduduk mencuba memanfaatkan semburan api untuk membakar kertas dan memasak air
- Petugas Polsek Darul Makmur telah memasang garisan larangan polis untuk mengelakkan kejadian tidak diingini
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

