Rakyat Israel desak Netanyahu disingkir

TEL AVIV – Ribuan rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv pada Sabtu bagi mendesak pembangkang bekerjasama dengan parti Arab untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.
Menurut Al Jazeera demonstrasi di Dataran Habima itu diadakan susulan kebuntuan pembentukan kerajaan selepas pilihan raya umum.
Penunjuk perasaan menggesa ketua pembangkang, Gadi Eisenkot mengetepikan keengganannya bekerjasama dengan parti Arab.
Bagaimanapun, penyokong Netanyahu mengadakan demonstrasi balas bagi membantah cadangan tersebut.
Keputusan pilihan raya menyaksikan blok Netanyahu memperoleh 53 kerusi, manakala gabungan Eisenkot meraih 48 kerusi daripada keseluruhan 120 kerusi Parlimen.
Parti Arab pula memenangi 19 kerusi, sekali gus berpotensi membantu Eisenkot memperoleh majoriti 67 kerusi.
Namun, pembentukan kerajaan masih belum dipastikan berikutan perbezaan pendirian politik antara parti terbabit.
Netanyahu turut menuduh parti Arab melakukan penipuan pilihan raya, namun dakwaan itu belum dibuktikan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
