Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Venezuela

PUTRAJAYA - Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan sebarang perjalanan tidak penting ke Venezuela buat sementara waktu, dengan mengambil kira situasi keselamatan yang sedang berkembang di negara itu.
Dalam satu kenyataan media pada Rabu, kementerian itu yang juga dikenali sebagai Wisma Putra menegaskan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat perkembangan terkini di Venezuela.
"Tiada perubahan terhadap status rakyat Malaysia di Venezuela sejak kemas kini terakhir kami pada 4 Januari 2026.
"Kedutaan Besar Malaysia di Caracas sentiasa berhubung secara berterusan dengan rakyat Malaysia yang berdaftar di sana… Kesemua mereka telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan selamat,” menurut Wisma Putra.
Kementerian Luar menambah bahawa ia akan terus memantau situasi berkenaan dengan teliti dan akan memberikan maklumat lanjut jika perlu. - Bernama
Ringkasan AI
- Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan sebarang perjalanan tidak penting ke Venezuela
- Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat perkembangan terkini di Venezuela
- Tiada perubahan status rakyat Malaysia di Venezuela sejak kemas kini terakhir pada 4 Januari 2026
- Kedutaan Besar Malaysia di Caracas sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia yang berdaftar dan mengesahkan keselamatan mereka
- Kementerian Luar akan terus memantau situasi di Venezuela dan memberikan maklumat lanjut jika perlu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
