Harga minyak ditutup tinggi di tengah-tengah kejutan di Venezuela

HARGA minyak meningkat pada Isnin apabila pasaran mempertimbangkan kesan kejutan geopolitik susulan operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Venezuela berbanding kebimbangan berterusan terhadap lebihan bekalan global, lapor Xinhua.
Minyak West Texas Intermediate bagi penghantaran Februari meningkat satu dolar AS atau 1.74 peratus, untuk ditutup pada 58.32 dolar setong di di Bursa Komoditi New York.
Minyak mentah Brent bagi penghantaran Mac pula meningkat 1.01 dolar atau 1.66 peratus, untuk ditutup pada 61.76 dolar setong di Bursa Niaga Hadapan ICE London.
Peserta pasaran sedang memantau rapi kesan daripada serangan AS dan penahanan Presiden Venezuela Nicolas Maduro.
"Peristiwa ini telah meningkatkan risiko geopolitik," kata peniaga tenaga kanan di CIBC Private Wealth Group, Rebecca Babin, sambil menyatakan bahawa ketidaktentuan yang memuncak itu menyokong lonjakan harga pada Isnin. - Bernama-Xinhua
Ringkasan AI
- Harga minyak meningkat pada Isnin akibat operasi ketenteraan AS di Venezuela
- Minyak West Texas Intermediate meningkat satu dolar AS atau 1.74 peratus
- Minyak mentah Brent meningkat 1.01 dolar atau 1.66 peratus
- Pasaran memantau kesan serangan AS dan penahanan Presiden Venezuela Nicolas Maduro
- Peristiwa ini meningkatkan risiko geopolitik dan menyokong lonjakan harga minyak
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
