'AS perlu buktikan Maduro masih hidup'

Kenderaan yang musnah dibedil di pangkalan tentera udara La Carlota di Caracas pada Sabtu. - Foto AFP
Kenderaan yang musnah dibedil di pangkalan tentera udara La Carlota di Caracas pada Sabtu. - Foto AFP
A
A
A

CARACAS - Naib Presiden, Delcy Rodriguez pada Sabtu menggesa Amerika Syarikat (AS) membuktikan pemimpin Nicolas Maduro yang 'ditawan' askar mereka masih hidup.

Menerusi panggilan telefon kepada stesen TV tempatan, Rodriguez menyatakan beliau tahu keberadaan Presiden tersebut bersama isterinya, Cilia Flores susulan operasi ketenteraan berskala besar yang menggegar Caracas dan beberapa bandar lain.

Ketika ini, beberapa sekutu Venezuela termasuk Iran, Cuba dan Rusia serta negara Kesatuan Eropah (EU) mengecam kempen pencerobohan tersebut yang disifatkan satu bentuk pelanggaran terhadap kedaulatan Caracas dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Ketika gelombang kecaman semakin meningkat, AS dengan angkuh menyatakan operasi ketenteraan di Venezuela sudah tamat susulan 'penculikan' Maduro.

Pengumuman itu dibuat seorang senator memetik kenyataan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio.

"Beliau menjangkakan tiada tindakan selanjutnya di Caracas buat masa ini selepas Maduro kini berada dalam tahanan Washington," kata Senator Republikan, Mike Lee. - AFP

 

.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Naib Presiden Delcy Rodriguez menggesa AS membuktikan pemimpin Nicolas Maduro masih hidup
  • Rodriguez menyatakan keberadaan Maduro dan isteri susulan operasi ketenteraan di Caracas dan beberapa bandar lain
  • Sekutu Venezuela seperti Iran, Cuba, Rusia, dan EU mengecam pencerobohan AS sebagai pelanggaran kedaulatan
  • AS mengumumkan operasi ketenteraan di Venezuela sudah tamat dengan Maduro kini 'diculik'
  • Senator Mike Lee menyatakan Maduro kini dalam tahanan Washington tanpa tindakan selanjutnya di Caracas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!