Maduro, isteri didakwa atas pertuduhan "narko-keganasan" - Peguam Negara AS

Nicolas Maduro (kanan) dan isterinya, Cilia Flores.
Nicolas Maduro (kanan) dan isterinya, Cilia Flores.
A
A
A

WASHINGTON - Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Pam Bondi memaklumkan pada Sabtu bahawa Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores, telah didakwa di Daerah Selatan New York atas pelbagai pertuduhan jenayah, termasuk "narko-keganasan”, lapor Anadolu Ajansi.

"Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores, telah didakwa di Daerah Selatan New York.

"Nicolas Maduro telah didakwa atas pertuduhan Konspirasi "Narko-Keganasan”, Konspirasi Pengimportan Kokain, Pemilikan Mesingan dan Peranti Pemusnah, serta Konspirasi Memiliki Mesingan dan Peranti Pemusnah terhadap Amerika Syarikat," kata Bondi menerusi hantaran di platform X.

Kenyataan beliau menyusul selepas Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa AS telah berjaya melaksanakan serangan besar-besaran terhadap Venezuela, dan mendakwa Maduro serta isterinya telah "ditangkap dan diterbangkan keluar dari negara itu." - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!