AS bom ibu kota Venezuela?

Tangkapan layar salah satu rakaman video yang dikongsikan di media sosial. - Foto Agensi
Tangkapan layar salah satu rakaman video yang dikongsikan di media sosial. - Foto Agensi
A
A
A

CARACAS - Presiden Venezuela, Nicolas Maduro pada Sabtu mengisytiharkan darurat susulan kempen pencerobohan ketenteraan yang didakwa telah dilancarkan Amerika Syarikat (AS) ke atas ibu kota.

Beberapa letupan kuat disertai bunyi pesawat berlegar-legar di ruang udara turut mencetuskan panik dalam kalangan penduduk.

Rakaman dikongsikan di media sosial turut memaparkan kepulan asap tebal selepas insiden pengeboman tersebut yang berlaku pada jam kira-kira 2 pagi (waktu tempatan).

"Ayuh turun ke jalanan! Pemerintah menyeru semua kekuatan sosial dan politik di negara ini agar menggerakkan rancangan mobilisasi dan mengecam serangan imperialis ini," ujar pejabatnya dalam satu kenyataan.

Sehingga kini, tiada pengesahan dibuat Washington yang sebelum ini melancarkan operasi ketenteraan atas alasan membendung 'narko keganasan' di perairan negara Amerika Selatan tersebut.

Maduro berulang kali mendakwa pentadbiran Presiden Donald Trump cuba menyingkirkannya untuk mendapatkan akses terhadap rizab minyak Caracas.

Sementara itu, Presiden Colombia, Gustavi Petro menerusi platform X turut mengecam kempen pencerobohan itu.

"Musuh sedang mengebom Caracas dengan misil. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu adakan mesyuarat tergempar," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Presiden Venezuela, Nicolas Maduro mengisytiharkan darurat susulan kempen pencerobohan ketenteraan oleh Amerika Syarikat
  • Letupan kuat dan bunyi pesawat di ruang udara Caracas mencetuskan panik penduduk
  • Rakaman di media sosial memaparkan kepulan asap tebal akibat pengeboman pada jam 2 pagi waktu tempatan
  • Maduro menyeru mobilisasi rakyat mengecam serangan Amerika Syarikat
  • Pentadbiran Trump didakwa cuba menyingkirkan Maduro untuk akses rizab minyak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!