Cuba lolos selepas pecah rumah, lelaki maut rempuh pintu kaca

Seorang lelaki maut selepas cedera parah akibat merempuh pintu kaca ketika cuba melarikan diri dalam kejadian pecah rumah di daerah Bang Pakong, Chachoengsao, Thailand. Foto: Khaosod
Seorang lelaki maut selepas cedera parah akibat merempuh pintu kaca ketika cuba melarikan diri dalam kejadian pecah rumah di daerah Bang Pakong, Chachoengsao, Thailand. Foto: Khaosod
A
A
A

BANGKOK - Seorang lelaki maut selepas mengalami kecederaan parah akibat merempuh pintu kaca ketika cuba melarikan diri dalam kejadian pecah rumah di daerah Bang Pakong, Chachoengsao, Thailand.

Menurut laporan akhbar tempatan, Khaosod, kejadian pada 23 Disember lalu itu berlaku di sebuah rumah bandar tiga tingkat ketika penghuni rumah sedang tidur di tingkat dua sebelum terdengar bunyi mencurigakan dari tingkat bawah.

Penghuni kemudian mendengar bunyi kaca pecah sebelum turun ke bawah dan mendapati pintu kaca rumah berkenaan berkecai.

Pemeriksaan polis mendapati rumah tersebut telah digeledah dengan pendawaian elektrik ditanggalkan, selain beberapa barangan berharga ditemui bertaburan di lantai.

Polis turut menemukan serpihan kaca serta kesan darah yang berlarutan hampir 300 meter dari lokasi kejadian, dipercayai ditinggalkan suspek ketika melarikan diri.

Suspek lelaki itu kemudiannya ditemui di luar sebuah rumah jiran dalam keadaan cedera parah akibat luka daripada serpihan kaca.

Pihak berkuasa memberikan rawatan awal sebelum membawanya ke hospital, namun lelaki tersebut disahkan meninggal dunia akibat kehilangan darah yang teruk.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lelaki maut selepas merempuh pintu kaca ketika cuba melarikan diri dari kejadian pecah rumah
  • Kejadian berlaku di sebuah rumah bandar tiga tingkat di daerah Bang Pakong, Chachoengsao, Thailand
  • Penghuni rumah mendengar bunyi mencurigakan dan pecahan kaca dari tingkat bawah
  • Polis mendapati rumah telah digeledah dan beberapa barangan berharga bertaburan di lantai
  • Suspek kemudiannya ditemui luar sebuah rumah dengan cedera parah dan meninggal akibat kehilangan darah yang teruk

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!