Penganggur didakwa cederakan lelaki semasa Himpunan Global Sumud Flotilla

Tertuduh didakwa sengaja mendatangkan kecederaan dengan cara memukul mangsa pada perhimpunan itu.
Tertuduh didakwa sengaja mendatangkan kecederaan dengan cara memukul mangsa pada perhimpunan itu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki semasa Himpunan Global Sumud Flotilla di depan kedutaan Amerika Syarikat, Oktober lepas.

Isa Hazmi Zulkifli, 32, didakwa sengaja mendatangkan kecederaan dengan cara memukul mangsa, Mohd Hafizi Nor Azrin yang juga peserta perhimpunan itu pada jam 1.30 tengah hari, 2 Oktober.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, di sini mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Mohamad Poad menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan.

Peguam, Zaid Malek mewakili Isa Hazmi memohon jaminan RM700 atas alasan anak guamnya yang sebelum ini bekerja sebagai tukang cuci perlu menanggung ibu yang sudah tua.

Majistret Faezahnoor Hassan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Februari ini untuk sebutan semula kes. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang penganggur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur
  • Isa Hazmi Zulkifli didakwa memukul Mohd Hafizi Nor Azrin semasa Himpunan Global Sumud Flotilla
  • Tindakan tersebut berlaku di depan Kedutaan Besar Amerika Syarikat dan boleh membawa hukuman penjara atau denda
  • Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan RM5,000 sementara peguam memohon RM700 atas alasan kewangan
  • Majistret membenarkan jaminan RM1,300 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!