PM Jepun pindah ke 'kediaman berhantu'

Rumah agam yang dibuka pada 1929 itu pernah berdepan dua kali insiden cubaan rampasan kuasa pada 1930-an. Gambar kecil: Sanae Takaichi
Rumah agam yang dibuka pada 1929 itu pernah berdepan dua kali insiden cubaan rampasan kuasa pada 1930-an. Gambar kecil: Sanae Takaichi
A
A
A

TOKYO - Perdana Menteri, Sanae Takaichi mungkin sukar melelapkan mata selepas ini setelah beliau berpindah ke kediaman rasmi berusia hampir seabad yang mana turut 'dihuni' hantu askar Jepun.

Pemimpin wanita pertama itu mula menetap di rumah agam tersebut sejak Isnin yang terletak bersebelahan dengan pejabatnya di tengah Tokyo, selepas lebih dua bulan mengambil alih jawatan.

Sebelum ini, Takaichi tinggal di rumah penginapan untuk ahli Parlimen dan mencetuskan kritikan setelah beliau mengambil masa kira-kira 35 minit untuk tiba di pejabatnya ketika gempa kuat pada awal bulan lalu.

Takaichi, 64, yang berikrar untuk 'bekerja 24 jam' mendakwa, beliau terlalu sibuk sejak menyandang jawatan tersebut dan hanya tidur kurang dua jam sehari.

Rumah agam yang dibuka pada 1929 itu pernah berdepan dua kali insiden cubaan rampasan kuasa pada 1930-an yang turut menyaksikan beberapa pegawai kanan kerajaan termasuk Perdana Menteri pada masa itu dibunuh kejam anggota tentera.

Kejadian pembunuhan itu telah menyebabkan 'hantu askar Jepun berkeliaran' di kediaman tersebut yang masih utuh.

Pendahulunya, Shigeru Ishiba juga pernah menetap di rumah tersebut yang pernah diubah suai pada 2005 dan beliau dengan sinis menyatakan, 'saya tidak takut dengan hantu'.

Kediaman tersebut pernah tidak berpenghuni selama sembilan tahun sehingga tahun 2021 apabila bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe dan Yoshihide Suga tinggal di tempat lain. - AFP

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Sanae Takaichi berpindah ke kediaman rasmi berusia hampir seabad yang dikatakan 'dihuni' hantu askar Jepun
  • Pemimpin wanita pertama itu mula menetap di rumah tersebut sejak Isnin yang terletak bersebelahan dengan pejabatnya di tengah Tokyo
  • Sebelum ini, Takaichi tinggal di rumah penginapan untuk ahli Parlimen dan mengambil masa kira-kira 35 minit untuk tiba di pejabatnya ketika gempa kuat
  • Takaichi mendakwa hanya tidur kurang dua jam sehari sejak menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri
  • Rumah itu pernah berdepan insiden cubaan rampasan kuasa pada 1930-an dan menyebabkan 'hantu askar Jepun berkeliaran'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!