Dr Zulkifli Hasan dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) baharu

SHAH ALAM - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan dilantik ke jawatan Menteri susulan rombakan Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan yang diadakan pada Selasa.
Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dalam pengumuman khas mengenai barisan Kabinet baharu.
Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar digugurkan daripada senarai tersebut.
Sementara itu, jawatan Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diisi Ustazah Marhamah Rosli.
Pengumuman dibuat melalui saluran utama televisyen dan media sosial rasmi Perdana Menteri.
Ringkasan AI
- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan dilantik sebagai Menteri dalam rombakan Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan
- Pengumuman pembentukan Kabinet baharu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar digugurkan daripada jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
- Ustazah Marhamah Rosli dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
- Pengumuman rombakan Kabinet disiarkan melalui televisyen dan media sosial rasmi Perdana Menteri
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

