Rundingan Thailand-Kemboja tunjuk komitmen, elak konflik berpanjangan - PM

PUTRAJAYA – Proses peralihan pantas daripada pemberhentian permusuhan kepada rundingan susulan antara Kemboja dan Thailand menunjukkan komitmen kedua-dua negara untuk mencegah konflik berulang serta menstabilkan keadaan secara berkekalan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengalu-alukan persetujuan itu yang dicapai melalui rundingan secara langsung di China, sebagai langkah positif dalam memperkukuh gencatan senjata.
“Saya mengalu-alukan dengan penuh kehangatan persetujuan antara Kemboja dan Thailand untuk memperkukuh gencatan senjata mereka menerusi rundingan secara langsung yang diadakan di China.
"Langkah pantas ini mencerminkan keazaman kedua-dua pihak untuk mengelakkan konflik berulang serta menstabilkan keadaan secara lebih berkekalan," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada China atas peranannya menjadi tuan rumah rundingan serta menyediakan suasana yang membolehkan kedua-dua pihak memberi tumpuan kepada langkah-langkah praktikal bagi mengurangkan risiko dan membina semula kepercayaan.
“Usaha pemudah cara sedemikian amat bernilai apabila ia menyokong penyaheskalasi dan mengukuhkan usaha serantau,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut mengiktiraf peranan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang penglibatannya membantu memeterai Perjanjian Keamanan Kuala Lumpur, sekali gus membuka ruang politik bagi pihak-pihak terlibat berundur daripada konfrontasi dan komited terhadap sikap menahan diri.
Ringkasan AI
- Proses peralihan pantas dari pemberhentian permusuhan ke rundingan antara Kemboja dan Thailand menunjukkan komitmen mencegah konflik
- Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan persetujuan gencatan senjata menerusi rundingan langsung di China
- Langkah ini mencerminkan keazaman kedua negara untuk menstabilkan keadaan secara berkekalan
- Peranan China sebagai tuan rumah rundingan unjuk penghargaan Anwar kerana menyediakan suasana kondusif untuk pembinaan semula kepercayaan
- Anwar mengiktiraf peranan Presiden Amerika, Donald Trump dalam memeterai Perjanjian Keamanan Kuala Lumpur yang menggalakkan penyaheskalasi dan komitmen menahan diri
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
