Syukur Kerajaan Perpaduan tiada khianat, sabotaj - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini.Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini.Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa syukur terhadap permuafakatan dalam Kerajaan Perpaduan yang menurut beliau lebih mantap dan ikhlas.

Beliau turut menekankan bahawa permuafakatan Kerajaan Perpaduan tidak mempunyai unsur sabotaj dan khianat berbeza dengan situasi semasa politik pembangkang seperti yang berlaku di Perlis.

"Saya bersyukur kerana muafakat Kerajaan Perpaduan lebih mantap, lebih ikhlas dan tiada usaha sabotaj serta khianat seperti yang berlaku dalam kalangan rakan-rakan lain (pembangkang)," katanya ketika sidang media bangunan Perdana Putra di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai situasi politik melibatkan kerajaan yang dipimpin pembangkang di Perlis.

Terdahulu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 1 Januari.

Keputusan berkenaan diumumkan bekas Perdana Menteri itu menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Sebelum itu, lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN termasuk tiga daripada Pas, menarik sokongan terhadap Menteri Besar Perlis ketika itu, Mohd Shukri Ramli daripada Pas.

Mohd Shukri yang juga ADUN Sanglang kemudian mengumumkan peletakan jawatan menteri besar atas faktor kesihatan.

Ahad lalu Pengerusi Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis ke-12.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan rasa syukur terhadap permuafakatan dalam Kerajaan Perpaduan yang lebih mantap dan ikhlas
  • Permuafakatan Kerajaan Perpaduan tidak mempunyai unsur sabotaj dan khianat berbeza dengan situasi politik pembangkang di Perlis
  • Presiden Parti Pribumi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional berkuat kuasa 1 Januari
  • Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri PN, termasuk tiga daripada Pas, menarik sokongan terhadap menteri besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dari Pas sebelum beliau mengumumkan peletakan jawatan
  • Abu Bakar Hamzah dari Bersatu mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perlis ke-12

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!