Pas sedia terajui PN - Syahir

Syahir
Syahir
A
A
A

SHAH ALAM – Pas bersedia menerajui Perikatan Nasional (PN) sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari nanti.

Dalam hantaran sama, Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berkata, PN turut diingatkan bermuhasabah dan memperkukuh organisasi serta kepercayaan rakyat.

Beliau turut menyentuh mengenai isu calon Perdana Menteri bagi PN yang menimbulkan persoalan selepas Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN.

“Pas menyeru PN bermuhasabah, perkukuh organisasi dan kepercayaan rakyat, sedia terajui PN hadapi PRU16.

“Calon PM? Tahun baharu, kita buka halaman baharu,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Peletakan jawatan itu disahkan sendiri bekas Perdana Menteri terbabit menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Pada September lepas, Muhyiddin dinamakan dua sayap Bersatu iaitu Armada dan Srikandi Muda sebagai calon Perdana Menteri pada PRU-16 ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) ke-8 Bersatu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, Selangor.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pas bersedia menerajui Perikatan Nasional (PN) menghadapi PRU16 selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN
  • Muhyiddin Yassin meletak jawatan berkuat kuasa mulai 1 Januari
  • Isu calon Perdana Menteri bagi PN timbul selepas peletakan jawatan Muhyiddin
  • PAS mengingatkan PN untuk bermuhasabah dan memperkukuh organisasi serta kepercayaan rakyat
  • Muhyiddin dinamakan sebagai calon Perdana Menteri oleh dua sayap Bersatu pada September lepas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!