'Keputusan Muhyiddin tidak lagi memilih jalan sukar adalah tepat'

Keputusan Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN disifatkan sebagai langkah yang tepat. Gambar kecil: Marzuki (atas) dan Razali.
Keputusan Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN disifatkan sebagai langkah yang tepat. Gambar kecil: Marzuki (atas) dan Razali.
A
A
A

SHAH ALAM – Keputusan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak lagi meneruskan 'jalan yang sukar' dengan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai langkah yang tepat buat dirinya.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, keputusan berkenaan menunjukkan bekas Perdana Menteri itu telah membuat pilihan yang terbaik.

"Akhirnya Tan Sri Muhyiddin membuat keputusan yang tepat dan terbaik untuk dirinya.

"Beliau tidak lagi memilih jalan yang sukar," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Sehubungan itu, Marzuki turut mendoakan agar ALLAH SWT memberikan ganjaran atas segala jasa beliau serta mempermudahkan segala urusannya.

Pandangan sama turut disuarakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Razali Idris yang menyifatkan tindakan Pengerusi PN terbabit adalah satu keputusan tepat.

"Ahmadullah. Akhirnya TSMY membuat keputusan yang tepat dengan tidak lagi memilih jalan yang sukar," ujarnya.

Razali turut mendoakan agar bekas Perdana Menteri itu sentiasa berada dalam rahmat ALLAH SWT.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional
  • Keputusan ini disifatkan sebagai langkah yang tepat oleh bekas Ketua Setiausaha Sulitnya
  • Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026
  • Tindakan Muhyiddin mendapat doa dan sokongan dari Datuk Dr Marzuki Mohamad dan Datuk Razali Idris
  • Razali Idris menganggap keputusan Muhyiddin sebagai tepat dan memuji pilihannya untuk tidak lagi memilih 'jalan yang sukar'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!