Poster 'dikehendaki' Netanyahu ditampal di seluruh London

LONDON - Aktivis menampal poster 'DIKEHENDAKI' yang memaparkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di bas, jalan raya dan mercu tanda sibuk di London dalam satu protes yang menyorot peranannya dalam jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai berkait konflik di Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Kempen yang dianjurkan oleh aktivis pro-Palestin itu memaparkan imej Netanyahu bersama teks merujuk kepada waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang dikeluarkan pada November 2024, menuduhnya melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza sejak Oktober 2023.
Tentera Israel dilaporkan membunuh lebih 71,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, di Gaza sepanjang dua tahun lalu.
Walaupun gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober, Israel dilaporkan tidak menghentikan serangan.
Kehidupan di wilayah itu juga dilaporkan tidak menunjukkan peningkatan ketara, berikutan keperluan seperti kuantiti makanan, bantuan, bekalan perubatan dan penempatan mudah alih yang dipersetujui masih belum dipenuhi. - Bernama-Anadolu
Ringkasan AI
- Aktivis menampal poster 'DIKEHENDAKI' memaparkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di London sebagai protes
- Protes tersebut menyorot peranan Netanyahu dalam jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza
- Poster tersebut merujuk kepada waran tangkap ICC yang menuduh Netanyahu melakukan jenayah perang sejak Oktober 2023
- Tentera Israel dilaporkan membunuh lebih 71,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, di Gaza
- Walaupun gencatan senjata, serangan Israel tidak berhenti dan kehidupan di Gaza tidak menunjukkan peningkatan ketara
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
