Netanyahu mohon pengampunan Presiden Israel

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengemukakan permohonan rasmi untuk mendapatkan pengampunan daripada Presiden Isaac Herzog.
Perkara itu disahkan pejabat Presiden pada Ahad.
"Ia merupakan permintaan luar biasa yang bakal memberi impak ketara. Presiden akan mempertimbangkan hal itu selepas menerima semua pandangan yang berkaitan," ujar jurucakap pejabat itu.
Netanyahu yang sememangnya muka tembok akhirnya mengikut idea sekutu kuatnya, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mencadangkan agar pemimpin ekstremis itu diberi pengampunan setelah berdepan kes rasuah. - Agensi
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengemukakan permohonan rasmi untuk mendapatkan pengampunan daripada Presiden Isaac Herzog
- Perkara itu disahkan pejabat Presiden pada Ahad
- Presiden akan mempertimbangkan hal itu selepas menerima semua pandangan yang berkaitan
- Netanyahu mengikuti cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump
- Netanyahu berdepan kes rasuah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

