Struktur menanti runtuh jadi tempat berlindung penduduk Gaza

Ramai keluarga Palestin sanggup memperjudikan nyawa mereka untuk tinggal di bangunan yang berisiko roboh pada bila-bila masa.
Ramai keluarga Palestin sanggup memperjudikan nyawa mereka untuk tinggal di bangunan yang berisiko roboh pada bila-bila masa.
A
A
A

BANDAR GAZA - Kediaman dua tingkat keluarga Palestin yang separa musnah ini masih 'teguh berdiri' meskipun struktur lain di sekelilingnya telah binasa akibat kempen pengeboman rejim Zionis di Bandar Gaza sejak lebih dua tahun lalu.

Amani Halawa bersama suaminya, Mohammed dan lima anak mereka memilih untuk terus menetap di rumah tersebut yang sebahagiannya telah runtuh dan berada dalam keadaan berbahaya berikutan besi penguat yang sudah bengkok terjulur keluar.

Mereka turut membina tangga anak tangga kayu sebagai laluan untuk ke kediaman tersebut yang masih dianggap 'syurga' buat keluarga berkenaan.

Anak gadis Taroush menonton filem menerusi komputer riba di 'biliknya'.
Anak gadis Taroush menonton filem menerusi komputer riba di 'biliknya'.

Perang genosid dilancarkan Israel ke atas Genting Gaza telah membinasakan lebih 70 peratus struktur hingga mengakibatkan sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk Palestin hilang tempat tinggal.

Projek pembangunan semula wilayah itu juga masih belum bermula dan ia dijangka mengambil masa beberapa tahun lagi dek sekatan berterusan rejim Tel Aviv.

Situasi tidak menentu itu menyebabkan keluarga Palestin termasuk Halawa terpaksa bergelut untuk memulihkan kehidupan mereka.

Artikel Berkaitan:

Amani Halawa bersama anak perempuannya melakukan kerja rumah seperti sebelum perang meletus.
Amani Halawa bersama anak perempuannya melakukan kerja rumah seperti sebelum perang meletus.

Keluarga itu terpaksa meninggalkan kediaman mereka, kira-kira tiga bulan selepas Israel melancarkan perang ganas pada 7 Oktober 2023.

Mereka nekad kembali ke kampung halaman ketika perjanjian gencatan senjata rapuh berkuat kuasa pada Oktober lalu dan mengambil risiko untuk tinggal di rumah yang hanya menunggu masa untuk rebah ke bumi berbanding khemah sementara yang terdedah kepada banjir disebabkan hujan musim sejuk sejak beberapa minggu lalu.

Halawa juga cuba membaiki keadaan kediaman mereka menggunakan sisa konkrit.

Sahar Taroush bersama keluarganya kembali menetap di kediaman mereka yang sudah separa runtuh.
Sahar Taroush bersama keluarganya kembali menetap di kediaman mereka yang sudah separa runtuh.

Dinding kediaman itu dihiasi lukisan dan memaparkan mesej kepada ahli keluarga lain yang terpisah akibat konflik tiada kesudahan tersebut.

Di beberapa pangsapuri yang separa runtuh di Bandar Gaza, ramai keluarga menjadikan ia sebagai tempat berlindung walaupun jelas tidak selamat dan dindingnya berisiko roboh pada bila-bila masa.

Unggun api yang digunakan untuk memasak.
Unggun api yang digunakan untuk memasak.

“Saya pergi ke 'bandar khemah' dan sekolah yang biasanya memberi perlindungan kepada penduduk hilang tempat tinggal.

"Tetapi, tiada yang sudi terima kami kerana ruang yang semakin sesak. Jika saya mempunyai sebuah khemah, saya akan pilih tinggal di tepi jalan berbanding di bangunan ini," ujar Sumaya Nabhan, 32, yang tinggal di struktur separa runtuh itu bersama suaminya yang cedera dan tiga anak mereka.

Kebanyakan keluarga cuba menjalani semula kehidupan normal seperti sebelum perang meletus.
Kebanyakan keluarga cuba menjalani semula kehidupan normal seperti sebelum perang meletus.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Palestin, kira-kira 17 bangunan kediaman telah runtuh susulan ribut musim sejuk sepanjang Disember.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA) pula melaporkan 16 kematian akibat cuaca buruk dengan sebahagian daripada kematian direkodkan berpunca daripada runtuhan beberapa bangunan yang menjadi tempat berlindung keluarga Palestin. - Sumber: Agensi/AFP

Ringkasan AI

  • Kediaman dua tingkat keluarga Palestin di Bandar Gaza masih berdiri meskipun sekitarnya hancur akibat pengeboman rejim Zionis Amani Halawa dan keluarganya tinggal di rumah yang separa runtuh dengan menggunakan tangga kayu untuk akses Lebih 70 peratus struktur di Genting Gaza hancur, meninggalkan ramai penduduk Palestin tanpa tempat tinggal Projek pembangunan semula belum bermula, menimbulkan kesulitan untuk keluarga Palestin memulihkan kehidupan Cuaca buruk menyebabkan runtuhnya bangunan kediaman, meragut nyawa dan meningkatkan kesulitan bagi penduduk Palestin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!