Dua lelaki melepak di taman permainan ditahan

Gambar kecil: Mohd Khairiel
Gambar kecil: Mohd Khairiel
A
A
A

JEMPOL - Polis menahan dua lelaki yang melepak di taman permainan Taman Megah Bahau, di sini petang Jumaat lalu selepas didapati ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, kedua-dua suspek berusia 20-an didapati melepak di situ tanpa alasan munasabah untuk berada di luar rumah pada jam 6.50 petang.

"Hasil soal siasat yang dijalankan mendapati masing-masing mengaku mengetahui tentang PKP melalui media dan internet.

"Bagaimana pun, mereka tetap ingkar dengan arahan yang telah dikeluarkan dengan duduk di lokasi berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khairiel berkata, suspek telah dibawa ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan dan disahkan sihat tiada jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

"Suspek seterusnya ditahan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan juga mengikut Peraturan 7 (Peraturan - Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah - Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

"Kedua-dua suspek direman sehingga 31 Mac ini," katanya.

Artikel Berkaitan: