Selamba melepak, buat bising depan rumah

Anggota daripada pasukan khas Covid-19 sedang memberi arahan kepada mereka yang ditahan ketika didapati berkumpul dan ingkar arahan PKP di hadapan sebuah rumah di Kampung Geliga, Kemaman, petang semalam (Foto: ehsan IPD Kemaman)

A
A
A

KEMAMAN- Enam individu termasuk tiga wanita ditahan kerana ingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan selamba melepak di hadapan sebuah rumah di Kampung Geliga, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, tangkapan dilakukan terhadap semua individu berusia antara 20 hingga 32 tahun itu kira-kira jam 7 petang selepas menerima aduan awam memaklumkan aktiviti berkenaan.

Katanya, sejurus itu, sepasukan anggota daripada pasukan khas Covid- 19 bergegas ke lokasi sebelum mendapati ada tiga lelaki dan tiga wanita sedang berkumpul sambil membuat bising.

Enam individu yang ditahan selepas didapati selamba melepak ini di bawa ke lokap Balai Polis Chukai, Kemaman untuk siasatan lanjut (Foto: Ehsan IPD Kemaman)
Enam individu yang ditahan selepas didapati selamba melepak ini di bawa ke lokap Balai Polis Chukai, Kemaman untuk siasatan lanjut (Foto: Ehsan IPD Kemaman)

"Setelah di soal siasat, mereka yang merupakan penduduk tempatan di kawasan berhampiran di dapati dengan sengaja berkumpul di lokasi kerana gagal mengemukakan alasan munasabah.

"Hasil ujian saringan awal air kencing juga mendapati empat daripada mereka positif dadah," katanya dalam satu kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Kesemua ditahan mengikut Peraturan 7 Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Semalam,Sinar Harian ada melaporkan lima lelaki ditahan polis ketika sedang leka memancing ikan di tepi Sungai Ladang Sawit Jalan Pasir Minal, Kampung Pasir Minal, Binjai, Kemaman kerana ingkar PKP.

Artikel Berkaitan: