Lebuhraya PLUS sesak 10km akibat nahas lori tangki, tiga kereta

Lori tangki tersebut melintang di tengah lebuh raya menyebabkan beberapa lorong terhalang. Foto: PLUS
Lori tangki tersebut melintang di tengah lebuh raya menyebabkan beberapa lorong terhalang. Foto: PLUS
A
A
A

IPOH - Kesesakan trafik sejauh 10 kilometer (km) dilaporkan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), laluan antara Ipoh ke Simpang Pulai selepas satu kemalangan membabitkan lori tangki dan tiga kereta di Kilometer 281.5 pada Isnin.

PLUS Malaysia Berhad menerusi aplikasi X memaklumkan, lori tangki tersebut melintang di tengah lebuh raya menyebabkan beberapa lorong terhalang.

Menurut kemas kini trafik setakat jam 1.03 petang, kesesakan trafik direkodkan sejauh kira-kira 10 kilometer bagi arah utara, manakala kesesakan sepanjang 5km dilaporkan bagi arah selatan.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mematuhi arahan pengawal trafik dan papan tanda amaran yang disediakan di lokasi kejadian, selain digalakkan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan teruk.

“Orang ramai boleh keluar menggunakan Tol Gopeng atau Tol Tapah sebagai laluan alternatif,” katanya.

Setakat ini, tiada maklumat rasmi dikeluarkan berhubung kecederaan atau mangsa yang terlibat dalam kemalangan berkenaan, manakala siasatan lanjut masih dijalankan.

PLUS turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan merancang perjalanan lebih awal bagi memastikan keselamatan serta kelancaran perjalanan.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kesesakan trafik sejauh 10 kilometer dilaporkan di Lebuhraya Utara-Selatan akibat kemalangan melibatkan lori tangki dan tiga kereta
  • Lori tangki tersebut melintang di tengah lebuh raya menyebabkan beberapa lorong terhalang
  • Kesesakan trafik direkodkan sejauh 10 kilometer bagi arah utara dan lima kilometer bagi arah selatan
  • Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif melalui Tol Gopeng atau Tol Tapah
  • Tiada maklumat rasmi tentang kecederaan atau mangsa kemalangan, siasatan lanjut masih dijalankan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!