Polis giat jejak suspek kes tembak di Simpang Pulai, mohon bantuan Interpol

Laporan Sinar Harian berhubung kes anggota polis cedera ditembak, mayat wanita ditemui dalam kereta. Gambar kecil: Abang Zainal Abidin
Laporan Sinar Harian berhubung kes anggota polis cedera ditembak, mayat wanita ditemui dalam kereta. Gambar kecil: Abang Zainal Abidin
A
A
A

IPOH - Polis akan mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan suspek yang dipercayai menembak dan menikam seorang anggota polis di Simpang Pulai, di sini, sebelum mayat seorang wanita ditemukan dalam kereta dipandunya pada 7 September lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, sehingga kini suspek utama masih belum ditahan, manakala beberapa individu lain yang dipercayai terlibat juga sedang dikesan.

"Motif kejadian masih belum dapat dikenal pasti kerana suspek-suspek berkenaan belum ditangkap. Usaha kini dipergiat termasuk menggunakan saluran Wisma Putra dan Interpol,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, seorang anggota polis berusia 26 tahun dari Balai Polis Simpang Pulai terkena tembakan di bahagian perut dan tikaman pisau semasa bergelut dengan suspek yang disyaki terlibat dalam kes bunuh di kebun kelapa sawit berhampiran sebuah kilang di Simpang Pulai.

Pemeriksaan lanjut terhadap kereta suspek menemukan mayat seorang wanita di bahagian tempat duduk belakang kenderaan terbabit.

Susulan itu, sembilan individu termasuk seorang wanita direman seminggu bermula 8 September bagi membantu siasatan, namun dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis akan mendapatkan bantuan Interpol untuk mengesan suspek penembakan dan penikaman anggota polis di Simpang Pulai
  • Suspek utama belum ditahan dan beberapa individu terlibat masih dikesan
  • Motif kejadian masih belum dikenal pasti kerana suspek belum ditangkap
  • Anggota polis yang terbunuh adalah berusia 26 tahun dan berlaku pergaduhan dengan suspek di kebun kelapa sawit
  • Mayat seorang wanita ditemukan dalam kereta suspek di tempat duduk belakang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!