'Pengotor' - Wanita dukung, suruh anak buang air kecil dalam tong sampah

SHAH ALAM - Hasrat mahu membeli barangan dapur terbantut apabila seorang wanita tidak sengaja menyaksikan 'adegan' jijik di sebuah pasar raya dalam pusat beli-belah di Telok Panglima Garang, Selangor.
Menerusi hantaran dimuat naik pengguna media sosial bernama Sara Salim di Threads, kelihatan dua pengunjung wanita sedang mengangkat dua kanak-kanak dipercayai anaknya yang membuang air kecil di dalam tong sampah berhadapan pasar raya itu.
"Pagi nak cari barang dapur. Banyak barang dah habis, otak ligat fikir nak masak apa. Fikir nak masak yang sedap sikitlah untuk hujung minggu ini.
"Nak ambil troli, sekali ada orang 'bijak pandai' bagi anak dia dua orang (lelaki dan perempuan) kencing dekat tong sampah.
"Hmmm... Dekat mana-mana pun perangai sama! Memang 'angin' satu badan. Kita masuk 10 minit, keluar balik. Terencat nak beli barang, beli yang anak kirim saja. Tak lalu nak fikir masak apa dah. Pengotor!" kata wanita berkenaan.
Mengulas lanjut di hantaran seterusnya, wanita terbabit sempat melaporkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan, pengurusan pasar raya dan polis bantuan untuk tindakan susulan.
Berdasarkan pemerhatian, kedua-dua budak terbabit dianggarkan berusia sekitar tiga atau empat tahun, malah mungkin pengunjung itu berfikir tindakannya takkan dikesan orang ramai.
Perkongsian wanita itu meraih ratusan komen, malah rata-rata wargamaya mengecam tindakan tidak bertanggungjawab tersebut selain menyifatkannya perbuatan tidak beradab serta menjejaskan kebersihan awam.
Ringkasan AI
- Hasrat wanita membeli barangan dapur terbantut apabila menyaksikan dua kanak-kanak kencing di tong sampah di pasar raya
- Kejadian berlaku di sebuah pusat beli-belah di Telok Panglima Garang, Selangor
- Kedua-dua kanak-kanak tersebut dipercayai anak kepada dua pengunjung wanita
- Wanita yang menyaksikan kejadian telah melaporkan kepada pengawal keselamatan dan pengurusan pasar raya
- Kejadian tersebut mendapat kecaman dari wargamaya yang menilai tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan menjejaskan kebersihan awam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

