3B nafi penduduk langgar PKP

Pemakluman berhubung penafian dan penjelasan berita tular tentang Bandar Baru Ibrahim Majid.
Pemakluman berhubung penafian dan penjelasan berita tular tentang Bandar Baru Ibrahim Majid.
A
A
A

KLUANG - Kelab Belia Bandar Baru Ibrahim Majid (3B) menafikan berita tentang kenduri dan majlis himpunan di sebuah masjid di kawasan tersebut diadakan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Setiausaha 3B, Ahmad Kamarussalihin Hamdan berkata, berita tersebut yang tular dalam media sosial itu tidak benar sama sekali kerana penduduk setempat mematuhi arahan PKP.

"3B ingin menjelaskan bahawa kenduri kahwin yang berlangsung di Bandar Baru Ibrahim Majid diadakan sebelum PKP dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, jemaah tabligh dari Bandar Baru Ibrahim Majid pula yang pulang selepas mengikuti Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur sempat menunaikan solat fardu di masjid di bandar itu tetapi sudah dipanggil Kementerian Kesihatan untuk saringan kesihatan.

"Dua daripada tiga jemaah dari Bandar Baru Ibrahim Majid disahkan positif koronavirus (Covid-19) selepas menjalani ujian saringan tersebut.

"Untuk itu, semua aktiviti di masjid termasuk solat jemaah lima waktu, majlis keramaian dan aktiviti kampung dihentikan dan terbatal selepas arahan PKP dikeluarkan," ujarnya.

Kata Ahmad Kamarussalihin lagi, semua pesakit yang positif Covid-19 terus dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini dengan segera oleh pihak kementerian yang bertugas.

Artikel Berkaitan: