Sasar 660 cop tangan belia sempena Hari Kebangsaan ke-66

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Program Sentuhan Belia Merdeka menyasarkan seramai 660 belia menurunkan cop tangan di kain rentang khas sempena Hari Kebangsaan ke-66 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya pada Ahad.

Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) dalam satu kenyataan berkata, program anjuran bersama masjid itu sebagai lambang 66 tahun kemerdekaan dan simbolik penyatuan belia Putrajaya.

“Ia akan disempurnakan dengan tandatangan khas Imam Besar MTMZA, Nor Azamir Alias dan Ketua Pengarah Sektor Pendidikan MyFundAction, Muhammad Danish Khairi.

“Kami berharap agar program ini menjadi titik permulaan untuk belia dan komuniti bersatu padu dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan terkehadapan dari segala aspek kehidupan.