DUN Sabah: 'Rakyat mahukan kualiti hidup, bukan roti Gardenia' - Timbalan Speaker

Al Hambra berkata, mandat yang diterima pada pilihan raya lepas bukan hanya simbol sokongan rakyat, tetapi suatu tuntutan agar setiap wakil rakyat benar-benar bekerja keras memperbaiki taraf hidup masyarakat di kawasan masing-masing. Foto: Bernama
Al Hambra berkata, mandat yang diterima pada pilihan raya lepas bukan hanya simbol sokongan rakyat, tetapi suatu tuntutan agar setiap wakil rakyat benar-benar bekerja keras memperbaiki taraf hidup masyarakat di kawasan masing-masing. Foto: Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] "Rakyat mahukan kualiti hidup, bukan roti Gardenia," itu peringatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Al-Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi kedua perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025 yang berlangsung pada hari kedua.

Beliau menyampaikan peringatan itu ketika mengucapkan tahniah kepada kesemua 73 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berjaya memperoleh mandat rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

"Selamat datang saya ucapkan kepada ADUN yang baharu dan selamat kembali kepada ADUN yang lama. Rakyat menaruh harapan yang besar terhadap anda semua kerana andalah yang bertanggungjawab untuk mengangkat darjat rakyat di kawasan masing-masing.

"Tidak semua orang boleh menjadi kaya, namun semua rakyat berhak mendapatkan kehidupan yang lebih baik kerana apa yang rakyat mahukan adalah kualiti hidup, bukannya roti Gardenia. Saya ulang, yang rakyat mahukan adalah kualiti hidup, bukan roti Gardenia.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa setiap ADUN perlu menunaikan janji yang telah diberikan selain tampil sebagai pemimpin yang bersemangat, berwawasan dan bertanggungjawab dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

"Maka laksanakanlah janji-janji yang telah ditabur. May you be a passionate leader, may you be a visionary Yang Berhormat, and most importantly, may you be a responsible Yang Berhormat. Dengan itu, saya ucapkan selamat bertugas," katanya.

Untuk rekod, sidang DUN Sabah kali ini adalah yang pertama selepas PRN berlangsung pada 29 November lalu yang menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya membentuk kerajaan selepas mendapat sokongan daripada ADUN lain.

Sidang DUN yang berlangsung selama empat hari sejak Jumaat lalu, membentangkan Belanjawan Sabah 2026 dan seterusnya dibahaskan oleh ADUN di negeri ini.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Al-Hambra Tun Juhar, mengingatkan ADUN bahawa rakyat mahukan kualiti hidup bukan roti Gardenia
  • Beliau menyampaikan ucapan tahniah kepada kesemua 73 ADUN yang berjaya dalam Pilihan Raya Negeri
  • Mengingatkan ADUN baru dan lama tentang harapan besar rakyat terhadap mereka dalam meningkatkan darjat hidup
  • Menekankan perlunya ADUN memenuhi janji dan menjadi pemimpin yang bersemangat, berwawasan, dan bertanggungjawab
  • Sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025 berlangsung pada hari kedua sidang DUN Sabah setelah PRN 29 November lalu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!