Bahan kimia tumpah: Tiada bacaan bahaya dikesan

Anggota bomba melakukan pemeriksaan bahan kimia yang tumpah di Jalan Terumtum 3, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang.
Anggota bomba melakukan pemeriksaan bahan kimia yang tumpah di Jalan Terumtum 3, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang.
A
A
A

PASIR GUDANG - Tiada bacaan bahaya dalam kandungan udara dikesan selepas bahan kimia tumpah sejauh 300 meter di Jalan Terumtum 3, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat di sini, pada Jumaat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I, Iszahwati Supardi berkata bahawa penilaian itu dilakukan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dengan menggunakan detector gasmet, PH meter PH paper dan raman.

Jelasnya, kandungan bahan berbahaya adalah terlalu rendah dan jenisnya dikenal pasti acetic acid dan ethyl formate.

"Expert Hazmat melaporkan bacaan di sektor 2 dan sektor 3 pada pukul 2.25 petang. Unit dron zon 3 turut tiba di lokasi. Anggaran tumpahan 3,000 liter.

Tumpahan bahan kimia di sepanjang kira-kira 300 meter laluan di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat di Pasir Gudang.
Tumpahan bahan kimia di sepanjang kira-kira 300 meter laluan di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat di Pasir Gudang.

 

"Pasukan Hazmat telah membuat penilaian terhadap sektor 5 juga. Kita dapati hanya satu sektor mempunyai bacaan bahan melebihi tahap normal.

"Selain itu didapati tiada bahan bacaan berbahaya dikesan dan kandungan bahan itu adalah terlalu rendah di kawasan tumpahan," katanya dalam kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, terdapat tumpahan bahan kimia dilaporkan dikesan sepanjang 300 meter di jalan tersebut jam 8.12 pagi, Jumaat, sebelum ditutup untuk kerja-kerja pembersihan.

Bagaimanapun, insiden berkenaan tidak menjejaskan orang awam atau melibatkan sebarang mangsa.

Mengulas lanjut, Iszahwati berkata, perbincangan pihaknya dengan polis dilakukan bagi membuat sekatan pada parit berhampiran berikutan bahan tersebut mempunyai keberlarutan yang tinggi.

Jelasnya lagi, hujan lebat melanda pada pukul 3.15 petang dan penilaian lanjutan dibuat di laluan perparitan dan sungai.

"Satu pasukan turut digerakkan ke lokasi Delima 21 untuk menilai aliran bahan dan potensi penghasilan wap. Tiada wap berbahaya dikesan di lokasi tersebut," ujarnya.

Katanya, hasil mesyuarat pihaknya dengan Jabatan Alam sekitar (JAS), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Johor Corporation (Jcorp), diputuskan kes itu diserahkan kepada pihak JAS dan Jcorp bagi pelaksanaan kerja-kerja pembersihan.

Ringkasan AI

  • Tiada bacaan bahaya dalam kandungan udara selepas tumpahan bahan kimia sejauh 300 meter di Pasir Gudang
  • Bahan berbahaya dikenal pasti adalah acetic acid dan ethyl formate dengan bacaan terlalu rendah
  • Tumpahan anggaran 3,000 liter, hanya satu sektor mempunyai bacaan melebihi tahap normal
  • Tidak menjejaskan orang awam atau melibatkan mangsa, kerja-kerja pembersihan telah dijalankan
  • Kes diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar dan Johor Corporation untuk pelaksanaan kerja-kerja pembersihan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!