'Kenapa dia punya betul, kita punya tak betul?' - TMJ

Tunku Ismail
Tunku Ismail
A
A
A

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang lebih mempercayai dokumen asing berbanding kesahihan dokumen Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung isu pemalsuan status tujuh pemain warisan negara.

Tunku Ismail bertitah, keraguan yang timbul mengenai sijil lahir tujuh pemain warisan tersebut seolah-olah memperlekehkan kedaulatan undang-undang negara.

Tegas baginda, jika dokumen rasmi Malaysia boleh dipertikaikan dengan mudah, ia secara tidak langsung turut mempersoalkan status kewarganegaraan rakyat Malaysia yang lain.

“Contoh, dokumen luar negara kata atuk dia lahir di sana, dokumen kita pula kata atuk dia lahir di sini. Tapi timbul persoalan, ‘Oh, kita punya tak betul, dia (luar negara) punya betul’.

“Kenapa dia punya kena betul, kita punya tak betul? Kalau dokumen kita (JPN) tak betul, awak pun semua mungkin bukan rakyat Malaysia.

“Kalau awak boleh mempersoalkan JPN dengan surat-surat dokumen dia orang, mungkin awak pun semua bukan rakyat Malaysia lah,” titah baginda.

Dalam pada itu, pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) itu turut menegur sikap segelintir pihak dalam isu tersebut.

Titah baginda, ramai yang tiba-tiba menjadi ‘pakar’ atau ‘Presiden FIFA’ apabila isu itu timbul, namun membisu seribu bahasa apabila melibatkan masalah sebenar bola sepak negara seperti tunggakan gaji dan kegagalan pembangunan akar umbi.

“Semua orang pandai bercakap, semua nak jadi jurulatih. Tetapi tak ada orang cakap kenapa bola sepak Malaysia tak berkembang, contohnya krisis salah guna kewangan dan isu gaji.

Artikel Berkaitan:

“Contoh Penang FA, jumpa saya minta RM500,000. Saya bagi. Sebab apa? Sebab Penang FC tak nak bagi duit kepada Penang FA untuk program akar umbi.

“Tetapi bila ada dakwaan pemalsuan pada tujuh pemain ini, semua tumpu pada itu. Sedangkan masa tu FIFA sendiri yang luluskan. Lepas tu jadi isu pemalsuan,” titah baginda lagi.

Ringkasan AI

  • Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang lebih mempercayai dokumen asing berbanding kesahihan dokumen JPN mengenai isu pemalsuan status tujuh pemain warisan
  • Keraguan terhadap sijil lahir tujuh pemain warisan dilihat sebagai memperkecil kedaulatan undang-undang negara
  • Tunku Ismail menegaskan jika dokumen rasmi Malaysia dipertikaikan, ini turut mempersoalkan status kewarganegaraan rakyat Malaysia yang lain
  • Ramai yang menjadi 'pakar' atau 'Presiden FIFA' apabila isu pemalsuan pemain timbul namun membisu apabila isu sebenar bola sepak negara seperti tunggakan gaji dan kegagalan pembangunan akar umbi dihadapi
  • Tunku Ismail menyentuh tentang masalah kewangan dalam bola sepak Malaysia dan sikap hipokrit masyarakat apabila berhadapan dengan isu pemalsuan pemain dibandingkan dengan masalah sebenar dalam bola sepak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!