Jemput pempengaruh rasmi program, tindakan tegas jika langgar garis panduan - JPN Kedah

Video merasmikan program di sebuah sekolah di Kedah yang dimuat naik oleh Faiz Aizif di media sosial.
Video merasmikan program di sebuah sekolah di Kedah yang dimuat naik oleh Faiz Aizif di media sosial.
A
A
A

ALOR SETAR - Siasatan sedang dijalankan berhubung tindakan menjemput seorang pempengaruh media sosial untuk merasmikan majlis anugerah akademik di sebuah sekolah di Kedah baru-baru ini.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, isu itu dipandang serius dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati tidak mematuhi peraturan dikuatkuasakan.

JPN Kedah mengingatkan semua pentadbir sekolah untuk memastikan jemputan kepada pihak luar mematuhi garis panduan.

"Tetamu yang dijemput perlu menjadi contoh yang baik selari dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara," menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, pempegaruh media sosial dan usahawan iaitu Faiz Aizif atau lebih dikenali sebagai Faiz Soul berkongsi video beliau dijemput merasmikan Majlis Anugerah Akademik di sebuah sekolah di Kedah.

Menerusi perkongsian itu, Faiz Aizif menegaskan bahawa jemputan tersebut diterima atas kapasiti sebagai seorang usahawan dan pengarah urusan syarikat serta tiada kaitan dengan pengaruh politik.

"Saya hadir sebagai pempengaruh dan juga usahawan yang ingin memberi suntikan semangat untuk terus belajar dan bagaimana untuk berjaya pada usia muda.

"Saya tidak bercakap tentang politik sebab saya bukan orang politik," jelasnya menerusi video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok.

Sebelum ini, media melaporkan tindakan pihak sekolah menjemput pempengaruh media sosial dipertikai sehingga menjadi perdebatan hangat di platform media sosial.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • JPN Kedah serius dengan isu pempengaruh media sosial dijemput merasmikan majlis anugerah akademik sekolah
  • Siasatan sedang dijalankan oleh JPN Kedah dan tindakan tegas diambil terhadap pelanggaran peraturan
  • Pentadbir sekolah diminta mematuhi garis panduan dalam menjemput tetamu luar
  • Tetamu harus menjadi contoh baik selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
  • Faiz Aizif hadir sebagai usahawan dan memberi motivasi, menafikan kaitan dengan politik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!