Dakwaan hilang subsidi BUDI95 akibat saman tidak benar – Anthony

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa kegagalan menjelaskan saman akan menyebabkan kehilangan kelayakan subsidi petrol BUDI95 adalah tidak benar.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, saman tertunggak dan kelayakan subsidi petrol BUDI95 merupakan dua mekanisme yang berbeza dan beroperasi secara berasingan.
"Kedua-duanya bukan perkara yang sama dan tidak mempunyai kaitan langsung secara automatik," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Ujar beliau, berdasarkan dasar semasa, untuk memohon atau terus menikmati subsidi petrol BUDI95, pemohon hendaklah warganegara Malaysia yang disahkan melalui MyKad selain perlu memiliki lesen memandu yang aktif.
"Lesen memandu yang aktif merujuk kepada lesen yang masih dalam tempoh sah, atau yang tempoh luputnya tidak melebihi tiga tahun," jelas beliau sambil menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi undang-undang trafik demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
Ringkasan AI
- Dakwaan kegagalan menjelaskan saman akan menyebabkan kehilangan kelayakan subsidi petrol BUDI95 adalah tidak benar
- Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menyatakan saman tertunggak dan kelayakan subsidi petrol BUDI95 adalah dua mekanisme yang berbeza
- Kedua mekanisme tersebut beroperasi secara berasingan dan tidak mempunyai kaitan langsung secara automatik
- Untuk memohon atau terus menikmati subsidi petrol BUDI95, pemohon mesti warganegara Malaysia dengan MyKad dan memiliki lesen memandu yang aktif
- Lesen memandu yang aktif adalah lesen yang masih dalam tempoh sah, atau tempoh luputnya tidak melebihi tiga tahun
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

