Kereta rempuh tiang kedai makan, warga emas cedera

MPV jenis Toyota Unser dalam keadaan hampir terbalik selepas melanggar tiang kedai makan di Kampung Kuala Pahang, di sini pada pagi Isnin. Foto Bomba Pahang.
MPV jenis Toyota Unser dalam keadaan hampir terbalik selepas melanggar tiang kedai makan di Kampung Kuala Pahang, di sini pada pagi Isnin. Foto Bomba Pahang.
A
A
A

PEKAN - [KEMAS KINI] Seorang lelaki warga emas cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Unser yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar tiang sebuah gerai makan di Kampung Kuala Pahang, pada pagi Isnin.

Dalam kejadian itu, pemandu yang merupakan lelaki berusia 60 tahun mengalami kecederaan di tangan dan kepala.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu, Pekan bergegas ke lokasi dengan dua jentera sebaik menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 7.47 pagi.

“Kita didapati sebuah MPV jenis Toyota Unser dalam keadaan hampir terbalik selepas melanggar tiang kedai makan berkenaan.

Keadaan kereta yang dipandu warga emas yang hilang kawalan dan melanggar tiang sebuah gerai makan di Kampung Kuala Pahang, di sini pada pagi Isnin. Foto Bomba Pahang.
Keadaan kereta yang dipandu warga emas yang hilang kawalan dan melanggar tiang sebuah gerai makan di Kampung Kuala Pahang, di sini pada pagi Isnin. Foto Bomba Pahang.

"Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum dihantar ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pihak bomba kemudiannya memutuskan bekalan elektrik pada bateri kereta dan memasang pita keselamatan di lokasi kejadian bagi tujuan keselamatan.

"Operasi dikawal sepenuhnya dan tamat pada jam 8.30 pagi dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mohd Zin berkata, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian itu dan difahamkan ia telah diselesaikan sesama sendiri.

Ringkasan AI

  • Peniaga dan pelanggan kedai makan di Kampung Kuala Pahang berdepan detik cemas apabila sebuah MPV melanggar tiang gerai
  • Lelaki 60 tahun mengalami kecederaan di tangan dan kepala selepas kereta terbalik
  • Lapan anggota bomba bergegas ke lokasi dengan dua jentera sejurus menerima laporan
  • MPV jenis Toyota Unser terbalik selepas melanggar tiang kedai makan
  • Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian itu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!