AKPS rampas 1,750 kg cili dari Bangladesh

A
A
A

SEPANG – Cubaan membawa masuk 1,750 kilogram (kg) cili segar dari Bangladesh yang tidak mematuhi syarat permit import melalui Zon Perdagangan Bebas (FCZ) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berjaya ditumpaskan pada Sabtu.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan berkata, hasil pemeriksaan terhadap satu konsainan mendapati komoditi pertanian tersebut tidak memenuhi keperluan permit import yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Menurutnya, konsainan berkenaan diimport dari Bangladesh oleh sebuah syarikat berpangkalan di Melaka.

"Nilai rampasan cili segar sebanyak RM16,504.82, melibatkan 250 kotak seberat 1,750 kg telah dirampas bagi tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana gagal mematuhi syarat permit import," katanya pada Ahad.

Tambahnya, AKPS kekal beriltizam untuk memastikan semua aktiviti pengimportan mematuhi peraturan demi menjaga keselamatan, kesihatan dan kepentingan pengguna di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Cubaan membawa masuk 1,750 kilogram cili segar dari Bangladesh tanpa mematuhi syarat permit import di KLIA digagalkan
  • Hasil pemeriksaan mendapati konsainan tersebut tidak memenuhi keperluan permit import yang ditetapkan oleh Maqis
  • Konsainan itu diimport oleh sebuah syarikat berpangkalan di Melaka
  • Nilai rampasan cili segar adalah RM16,504.82 melibatkan 250 kotak seberat 1,750 kg
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 kerana gagal mematuhi syarat permit import

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!