'Bobby' si kambing suka main gelongsor

Seekor anak kambing digelar Bobby menjadi tumpuan dengan gelagatnya yang gemar bermain gelongsor di sebuah kandang kambing.
Seekor anak kambing digelar Bobby menjadi tumpuan dengan gelagatnya yang gemar bermain gelongsor di sebuah kandang kambing.
A
A
A

SHAH ALAM - Seekor anak kambing digelar Bobby menjadi tumpuan dengan gelagatnya yang gemar bermain gelongsor di sebuah kandang kambing di Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.

Menurut pemilik kandang, Azroy Manaf, 41, Bobby sudah menunjukkan minat bermain gelongsor sejak kecil dan kini berusia sekitar tiga hingga empat bulan.

Kongsinya, anak kambing tersebut amat manja dengan dirinya serta pekerja di kandang berkenaan dan menerima layanan istimewa berbanding kambing lain.

Bobby suka bermain gelongsor disediakan di kawasan terbabit.
Bobby suka bermain gelongsor disediakan di kawasan terbabit.

"Bobby memang gemar bermain gelongsor yang disediakan di kandang ini dan gelongsor itu asalnya dibina untuk pengunjung yang datang melawat.

“Sejak kecil lagi, Bobby sudah menjadikannya sebagai tempat bermain,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, gelagat Bobby berulang kali menaiki dan meluncur di gelongsor yang disediakan di kandang tersebut dikongsikan menerusi akaun Tik Tok @kambingyanganeh meraih 2.5 juta tontonan dengan 171,700 tanda suka.

Menurutnya, Bobby kini seakan-akan menjadi ‘jurulatih’ kepada anak-anak kambing lain yang lahir sekitar Disember lalu apabila turut mengikut jejaknya bermain gelongsor.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, sebelum ini dia turut mempunyai seekor kambing bernama Kamarudin yang pernah mencipta fenomena tersendiri dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, Kamarudin telah mati kira-kira dua tahun lalu akibat faktor usia dan kini Bobby pula mencuri perhatian ramai dengan gelagatnya.

Dalam perkembangan sama, menurutnya, jumlah keseluruhan kambing di kandangnya kini melebih 200 ekor termasuk 26 ekor anak kambing yang lahir pada Disember lepas.

“Kandang di Ampangan ini dibuka kepada pengunjung dan pengikut yang ingin melawat. Ramai datang dari pelbagai negeri seperti Puchong, Melaka dan Johor.

“Pengunjung dari Singapura, Brunei dan Indonesia pun ada datang dan gelongsor ini memang jadi tarikan ikonik di kandang kami,” katanya.

Ringkasan AI

  • Anak kambing bernama Bobby gemar bermain gelongsor di kandang kambing di Ampangan, Seremban
  • Bobby berumur sekitar tiga hingga empat bulan dan gemar bermain gelongsor sejak kecil
  • Gelongsor itu dibina untuk pengunjung tetapi Bobby menjadikannya sebagai tempat bermain
  • Video Bobby bermain gelongsor meraih 2.5 juta tontonan dan 171,700 tanda suka di TikTok
  • Kandang tersebut mempunyai lebih 200 ekor kambing dan dibuka kepada pengunjung dari pelbagai negeri serta negara jiran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!