X

Kindly register in order to view this article
!

Pakej Prihatin rangsang kitaran ekonomi negara untuk segera pulih

Abdul Hadi
A
A

KUALA LUMPUR - Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat merangsang kitaran ekonomi negara untuk segera pulih, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Marang berkata, pengumuman tersebut juga dapat memberi kelegaan kepada kepada petugas barisan hadapan, peniaga dan rakyat di segenap lapisan.

"Insya-ALLAH pakej Prihatin ini akan berjaya dilaksanakan melalui kesungguhan Jemaah Menteri yang telah ditunjukkan dan mendapat dukungan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

"Semoga ALLAH memberi petunjukNYA kepada para pemimpin untuk menghadapi cabaran kesihatan, ekonomi dan sosial yang melanda tanah air tercinta ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PM umum Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat RM250 bilion

Beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia kerana pakej rangsangan Prihatin itu sangat menyeluruh dan benar-benar prihatin terhadap kesusahan serta keresahan rakyat yang terjejas dengan wabak koronavirus (Covid-19).

Perdana Menteri hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) sebanyak RM250 bilion dengan matlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik Covid-19.

Jumlah itu termasuk suntikan fiskal sebanyak RM22 bilion, jaminan kerajaan sebanyak RM55 bilion dan lain-lain inisiatif yang mencakupi lebih RM153 bilion.

Daripada keseluruhan jumlah tersebut, yang turut merangkumi RM20 bilion yang telah diumumkan sebelum ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2.0 bilion untuk mengukuhkan ekonomi negara.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!